Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Banduan taikun di Angola gagal mohon keluarkan wang dari akaun $749j di S'pura

May 18, 2023 | 05:30 AM



SEORANG hartawan Angola yang dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun di negara Afrika Selatan bagi kesalahan penyelewengan, pengubahan wang haram dan penipuan cukai, gagal pada Rabu dalam usahanya mengeluarkan $2.6 juta daripada akaun banknya di Singapura.



Carlos Manuel De São Vicente mempunyai lebih AS$558 juta ($749 juta) dalam akaunnya di Bank of Singapore (BOS) yang dirampas oleh Jabatan Hal Ehwal Komersial (CAD) pada 19 Februari 2021.



CAD juga merampas dua lagi akaun De São Vicente di bank tersebut - satu milik isterinya, Irene, yang mempunyai lebih AS$5 juta, dan satu lagi milik anaknya, Ivo, yang mempunyai AS$10.5 juta.



Pada 28 September 2022, De São Vicente, yang diwakili firma guaman tempatan TSMP Law Corporation, memohon kepada Mahkamah Tinggi Singapura untuk mengeluarkan AS$4.9 juta daripada akaun yang dibekukan itu. Dia kemudian mengurangkan jumlah itu kepada $2.6 juta.



De São Vicente berhujah dia tidak mempunyai sumber dana lain dan memerlukan wang itu untuk membayar perbelanjaan guamannya di Singapura, Switzerland dan Angola, dan untuk perwakilan undang-undang kepada pelbagai pertubuhan antarabangsa. Pada Rabu, mahkamah menolak permohonannya.



Dalam penghakiman bertulisnya, Hakim Vincent Hoong berkata sukar untuk meninjau takat sebenar kekayaan De São Vincente, memandangkan banyak pemindahan merentas bidang kuasa dengan jumlah besar antara akaun banknya dan bentuk aset antarabangsanya.



Pada puncak kekayaannya, De São Vincente mempunyai kekayaan lebih AS$1 bilion.



Dia pemegang saham majoriti firma insurans terkemuka dalam industri minyak negara itu, yang merupakan pengeluar minyak kedua terbesar di Afrika.



Warga Portugis-Angola itu juga memiliki dan mengawal beberapa syarikat di Angola, Britain, Bermuda dan Portugal, serta mempunyai akaun bank di seluruh dunia, termasuk Singapura dan Switzerland.



Pada 22 September 2020, pendakwa raya Angola menahan De São Vincente dan mendakwanya bagi pengubahan wang haram dan penipuan cukai.



Dia disabitkan dengan semua tuduhan pada 24 Mac 2022 dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan denda.



De São Vincente juga diperintahkan membayar yuran kehakiman berkaitan dan ganti rugi AS$4.5 bilion kepada negara Angola.



Mahkamah Angola mendapati dia menggelapkan lebih AS$1.2 bilion dari negara itu dan telah mengumpul kekayaan yang tidak dapat dijelaskan yang dianggarkan bernilai AS$3.6 bilion yang dimilikinya, keluarganya dan syarikatnya.



Aset milik De São Vincente dan keluarganya di Angola telah dirampas pemerintah negara itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >