SELAMA 30 tahun menjadi seorang guru dan pakar sukatan pelajaran, Hajah Maimunah Kemat menyemai rasa cinta dan minat terhadap bahasa Melayu dalam kalangan pelajarnya.
Ini kerana guru Bahasa Melayu itu yakin bahasa kekal relevan hingga sekarang dalam pembangunan dan perkembangan Singapura sebagai sebuah negara.