Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Banglo Kelas Baik di Bukit Panjang dilelong $9 juta

Aug 26, 2019 | 06:38 PM



SEBUAH Banglo Kelas Baik (GCB) di 7 Chestnut Crescent akan dijual menerusi lelongan oleh pemiliknya bulan depan, pada harga $9 juta, menurut firma hartanah Colliers International pada Isnin (26 Ogos).



Hartanah pegangan kekal (freehold) itu terletak di kawasan GCB di Bukit Panjang. 


Terdapat 39 kelompok di Singapura yang diwartakan bagi pembangunan GCB.


Harga yang diminta adalah sekitar $ 975 setiap kaki persegi (psf), berdasarkan jumlah kawasan tanah sebanyak 9,232 kaki persegi atau 857.7 meter persegi.


Sebagai perbandingan, sebuah rumah berhalaman di 29 Chestnut Crescent dijual pada harga $8.8 juta atau $1,103 psf pada suku ketiga 2018, kata Colliers.


Rumah satu tingkat ini boleh dibangunkan semula menjadi hartanah mewah dengan ketinggian sehingga dua setengah tingkat, kata kata Encik Steven Tan, pengarah pasaran modal dan perkhidmatan pelaburan di Colliers.


Hartanah itu juga terletak berhampiran stesen MRT Cashew dan Bukit Panjang.


Lelongan GCB itu akan diadakan pada 30 September, hari yang sama Colliers akan melancarkan sebuah rumah kedai di 65 Neil Road untuk dilelong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >