Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bangunan baru, lama perlu penuhi piawaian lebih tinggi sebelum dapat pengesahan bangunan hijau

Sep 08, 2021 | 05:30 AM



BANGUNAN baru dan lama perlu memenuhi piawaian kemampanan lebih tinggi sebelum mendapat pengesahan bangunan hijau.



Antara kriteria yang ditekankan dalam memberikan pengesahan itu ialah pengurangan pengeluaran karbon.



Perubahan dalam skim Tanda Hijau Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA) dilaksanakan sedang Singapura beralih untuk mencapai sasaran menjadi sekitaran yang mempunyai bangunan rendah karbon.



Skim itu juga menyertakan kriteria lain seperti penyepaduan teknologi bijak dan mewujudkan sekitaran lebih sihat, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, semalam.



Skim yang diperbaru itu dilancarkan sempena Minggu Sekitaran Binaan Antarabangsa 2021 yang berlangsung sehingga Jumaat ini.



Menurut Encik Lee, piawaian perlu sentiasa disemak dan ditingkatkan bagi kemampanan bangunan agar sasaran Singapura bagi Pelan Hijau Singapura 2030 dapat dicapai.



"Sejak beberapa tahun lalu, kami telah menyemak dan memperhalusi skim itu bagi memastikan kita secara konsisten meningkatkan mutu piawaian yang terbaik dan meluaskan skop kemampanan dalam sekitaran binaan," katanya.



Ia akan dapat meningkatkan prestasi bekalan dan memberikan penekanan bagi memberikan hasil kemampanan yang lebih baik.



Di bawah Tanda Hijau BCA 2021, bangunan baru dan lama perlu memenuhi tahap keberkesanan bekalan yang minimum dan mencapai markah yang mencukupi dalam seksyen kemampanan sebelum disahkan hijau.



Kriteria itu akan juga digunakan bagi bangunan yang sudah pun mendapatkan Tanda Hijau sebelum ini.



Dalam usaha Singapura beralih ke arah pembangunan tenaga yang rendah, bangunan perumahan yang mencapai sekurang-kurangnya peningkatan 60 peratus dalam keberkesanan tenaga berbanding tahap 2005, akan juga diiktiraf.



Skim Tanda Hijau 2021 adalah sejajar dengan matlamat Pembangunan Kemampanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).



Dilancarkan pada 2005, tanda itu merupakan sistem penilaian yang menilai kesan sekitaran bangunan.



Sementara itu, Encik Lee menyatakan sebuah wadah digital akan diperkenalkan pada separuh kedua 2023 bagi mempercepat rombakan dalam sektor sekitaran binaan yang teruk terjejas akibat pandemik Covid-19.



Wadah digital itu akan mengurangkan proses kelulusan ke agensi pemerintah yang relevan.



Ketika ini, lebih 20 proses kelulusan diperlukan tetapi ia akan dikurangkan kepada beberapa jenis termasuk rekaan, pembetonan dan binaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >