Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bangunan baru Madrasah Al-Arabiah dirasmi

Nov 27, 2021 | 06:50 PM



BANGUNAN baru lima tingkat Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah (MAI) yang menawarkan kemudahan dan prasarana terkini bagi melengkapi kurikulum berasaskan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM), dilancarkan secara rasmi pada Sabtu  (27 November). 



Kampus baru di Lorong 6 Toa Payoh itu berdiri bersebelahan bangunan lamanya yang kini sudah dirobohkan.



Kerja-kerja pembinaan bangunan tersebut dimulakan pada 2018.



Ia selesai dibina pada Disember 2019 dan telah membuka pintunya kepada pelajar dan guru-guru pada Januari tahun lalu.



Bangunan baru itu dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, dalam satu acara di madrasah itu sebentar tadi. 



 Turut hadir semasa acara tersebut ialah Anggota Parlimen (AP) GRC Bishan-Toa Payoh Encik Saktiandi Supaat.



Projek tersebut telah mengambil masa sekitar 20 bulan untuk dibina dan menelan belanja $17.5 juta yang dibiayai melalui sokongan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan sumbangan masyarakat.   



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >