Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bantu anak yang 'kena buli'

Nov 07, 2022 | 05:30 AM



'SARAH' (bukan nama sebenar), 14 tahun, merupakan seorang pelajar biasa yang terkenal kerana suka menunjuk-nunjuk dan sombong.



Beliau tidak begitu digemari dan tidak lama kemudian sekumpulan lima orang rakan sekelasnya mula membulinya, menghinanya dan menggunakan kata-kata kesat kepadanya.



Mereka menyebar khabar angin mengenai 'Sarah' dan mempengaruhi rakan kelas yang lain untuk memulaukannya secara fizikal dan dalam perbualan kumpulan dalam talian.



Tindakan itu menjadi-jadi dan mula menjadi fizikal apabila mereka yang membulinya mendapat peluang untuk menolak atau mencubitnya.



Dia tidak bersuara mengenai dirinya dibuli dan rakan kelasnya yang tahu apa yang berlaku juga tidak bersuara kerana mereka takut terhadap pembuli.



Ini berlarutan selama dua bulan dan mula diketahui selepas pembuli memuat naik komen menyakitkan hati di aplikasi dan laman web tellonym, yang boleh menghantar mesej dan menerima maklum balas tanpa diketahui siapa penerimanya.



Rakan kelas lain turut serta dalam pembulian dalam talian itu dengan menulis komen yang bersifat berjenaka dan merendahkannya, dengan ada yang menyebut namanya.



Beberapa rakan kelasnya akhirnya memberitahu guru mengenai hal itu dan sekolah mula menyiasat.



Namun, 'Sarah' sudah mula mencederakan dirinya, dan dapat dilihat tanda keratan pada lengan tangannya.



Akhirnya, beliau menjalani kaunseling dan mendapatkan bantuan daripada pakar psikiatrik peribadi.



Pembuli kemudian dikenakan tindakan disiplin.



Pakar kesejahteraan siber, Encik Chong Ee Jay, yang bekerjasama dengan pasukan pengurusan kes di sekolah berkata beberapa langkah mungkin boleh membantu mangsa.



Satu ialah untuk menggalak belia melaporkan kejadian pembulian daripada sekadar melihat kejadian itu, kata Encik Chong yang merupakan anggota badan amal, Focus on the Family, Singapore.



Satu lagi ialah memperkasa ketua sokongan pelajar dengan pengalaman praktikal.



Menurutnya meski sekolah melatih ketua sokongan pelajar untuk menjadi "mata" dalam kalangan rakan mereka, para pelajar ini sebenarnya tidak mengetahui cara untuk memberikan respon apabila melihat seseorang dibuli dalam realiti.



"Mereka memerlukan lebih banyak latihan untuk mengetahui apa yang perlu dilakukan dalam keadaan sebenar," katanya.



BILA HARUS IBU BAPA MASUK CAMPUR?



Dengan lebih ramai belia kini menghabiskan lebih banyak masa dalam talian, ibu bapa perlu bersedia untuk campur tangan jika mereka mengesyaki anak mereka dibuli, kata pakar.



Encik Chong menyarankan ibu bapa untuk mengenal pasti tanda-tanda pembulian siber seperti:



  • Perubahan mendadak dalam penggunaan teknologi, misalnya menghabiskan lebih banyak masa menggunakan teknologi;

  • Memusnahkan akaun media sosial;

  • Bertanya tentang cara menghalang (block) orang lain dalam talian;

  • Daya keyakinan diri yang kian merosot dan dapat lihat daripada cara perbualan seperti "kehidupan tidak bermakna";

  • Elak daripada berkomunikasi dengan anggota keluarga dan kawan.

Beliau menambah tidak memberikan kanak-kanak akses kepada teknologi untuk mengelakkan pembuli tidak akan menghentikan pembulian itu.



"Belia akan rasa bingit mereka menjadi mangsa tetapi masih tidak diberikan hak mereka untuk menggunakan teknologi," katanya.



Cik Jerrine Khong, yang telah melakukan kajian mengenai pembulian siber berkata ibu bapa perlu mengakses jika ada keprihatinan daripada segi keselamatan dan memberikan tumpuan agar anak mereka didengari dan disokong.



"Kanak-kanak akan lebih berkemungkinan mendapatkan bantuan daripada orang dewasa sekiranya mereka rasakan ia akan menjadikan situasi lebih baik dan bukan semakin buruk," katanya.



AJAR ANAK MELINDUNGI DIRI MEREKA



Jika anak itu dibuli secara siber, Cik Khong menasihati ibu bapa dan kanak-kanak untuk mengambil langkah ini:



  • Hentikan apa yang anda buat. Jangan memberikan respon atau reaksi;

  • Menghalang atau 'block' pembuli siber atau menyekat akses komunikasi;

  • Simpan bukti. Rakamkan semua tindakan pembulian siber misalnya mesej, gambar atau komen;

  • Beritahu orang dewasa yang dipercayai mengenai insiden itu. Buat laporan kepada pembekal kandungan misalnya laman web, aplikasi atau permainan.

Cik Carol Loi, pengasas syarikat sosial Village Consultancy, yang menawarkan pendidikan kecelikan digital berkata ibu bapa boleh berbincang tentang pembulian.



"Keluarga boleh membincangkan bersama anak-anak jika mereka pernah mengetahui sesiapa yang dibuli dan pandangan mereka," katanya.



Beliau menambah ibu bapa harus memberi penekanan bahawa apa jua bentuk pembulian dan menyertai mereka yang membuli orang lain juga tidak boleh diterima.



BANTU ANAK ANDA KEMBALI MENJADI SELAMAT



'Melakonkan' sesuatu peranan atau 'role-playing' akan membantu jika pembulian telahpun berlaku, kata Cik Ann Hui Peng, pengarah khidmat pelajar di badan amal Singapore Children's Society.



Satu cara ialah untuk melengkapi anak-anak dengan kemahiran resolusi konflik dan cara berkomunikasi yang lebih tegas dengan mendapatkan mereka untuk melakonkannya.



"Bukan sahaja ia akan membantu mereka mengingati kemahiran yang dipelajari, tetapi ia juga membina daya keyakinan diri sedang mereka menggunakan kemahiran itu merentasi pelbagai senario," katanya. - ST




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >