Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Bantu tahan lelaki mabuk yang didakwa cabul kehormatan

Oct 19, 2022 | 05:30 AM



PENGURUS stesen, Encik Mohamed Tahar Manaf, sedang menjalankan tugas hariannya di platform MRT Simei, tetapi pada masa yang sama perlu memasang mata dan mengawasi keadaan sekeliling setelah dimaklumkan oleh Pusat Kawalan Operasi (OCC) SMRT tentang seorang lelaki yang didakwa terlibat dalam kes mencabul kehormatan di dalam MRT.



Tiba-tiba, dalam sebuah MRT yang melalui stesen tersebut, Encik Tahar mengecam seorang lelaki yang menepati penerangan yang diberikan OCC.



"Beliau dalam keadaan mabuk dan agresif tetapi saya berjaya menenangkannya dan membawanya keluar ke platform stesen," kata Encik Tahar, 53 tahun, yang menceritakan tentang kejadian yang berlaku pada Julai lalu itu.



Ini bukan kali pertama Encik Tahar mengendalikan kes sedemikian.



Sebagai kakitangan yang berpengalaman, beliau telah bekerja di SMRT selama kira-kira 30 tahun dan berdepan dengan kes-kes yang serupa.



"Suspek selalunya kasar, terutama sekali suspek yang mabuk.Oleh itu, saya harus tenang dan sabar supaya tidak menjengkelkan mereka.



"Saya meyakinkannya bahawa dia tidak layak melakukan perjalanan kerana keadaannya yang mabuk.



"Saya juga rasa dia mengikut nasihat saya kerana saya bercakap dengan dia secara aman," jelas Encik Tahar apabila ditanya bagaimana beliau berjaya membawa lelaki itu keluar ke platform stesen.



Tidak lama selepas itu, polis tiba dan menahan lelaki tersebut.



Atas tindakannya, Encik Tahar baru-baru ini diiktiraf dengan Anugerah Kerjasama Masyarakat daripada Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam majlis yang diadakan di Komand Keselamatan Pengangkutan Awam (TransCom).



Bapa empat anak itu tidak menyangka akan dianugerahkan kerana beliau hanya menjalankan tugas seperti biasa.



"Bukan kakitangan stesen sahaja, tetapi masyarakat secara keseluruhannya boleh memainkan peranan untuk mengelakkan kes seperti ini berulang. Para penumpang boleh lebih prihatin dan memerhatikan aktiviti-aktiviti pelik," jelas Encik Tahar lagi.




“Suspek selalunya kasar, terutama sekali suspek yang mabuk. Oleh itu, saya harus tenang dan sabar supaya tidak menjengkelkan mereka. Saya meyakinkannya bahawa dia tidak layak melakukan perjalanan kerana keadaannya yang mabuk.”
- Encik Mohamed Tahar Manaf, pengurus stesen




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >