SYARIKAT kecil dan sederhana (SME) kini boleh mendapatkan lebih banyak bantuan untuk mengakses sokongan pemerintah, dengan portal dalam talian baru yang menasihatkan mereka tentang skim paling sesuai.
Bantuan sedemikian khususnya penting sedang syarikat berusaha untuk berubah dan menjalani pendigitalan, satu proses yang menjadi lebih mendesak ekoran pandemik Covid-19.