Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BICARA BELANJAWAN BERITA HARIAN-REACH

Bantuan kepada peniaga, kos sara hidup antara isu dibincangkan dalam dialog

Feb 21, 2019 | 05:30 AM



KOS sara hidup, bantuan bagi peniaga kecil serta pengurangan kuota bagi pekerja asing merupakan antara isu berkaitan Belanjawan 2019 yang dekat dengan hati masyarakat.



Isu-isu tersebut merupakan antara isu yang dikemukakan peserta sesi dialog 'Bicara Belanjawan' anjuran bersama unit maklum balas pemerintah, Reach, dan Berita Harian kelmarin.



Dipengerusikan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, acara tersebut dihadiri seramai 120 anggota masyarakat Melayu/Islam yang terdiri daripada pelajar, pemimpin masyarakat, karyawan dan golongan pelajar.



Selain Encik Masagos yang juga Menteri Sekitaran dan Sumber Air, turut hadir di sesi itu kelmarin ialah Naib Pengerusi Reach dan Anggota Parlimen GRC Jurong, Cik Rahayu Mahzam.



Beberapa peserta yang ditemui Berita Harian selepas sesi dialog tersebut telah mengulas dengan lebih lanjut keprihatinan yang telah dikongsikan semasa dialog tersebut.



Salah seorang daripada mereka, naib presiden Kesatuan Pekerja Gas dan Kuasa (Upage), Encik Suzairi Ambri, berkata dengan kehadiran peserta dari pelbagai latar belakang dan lapisan masyarakat, dialog tersebut dapat menyatukan pelbagai pandangan dan perspektif.



Semasa dialog itu, Encik Suzairi berkongsi kebimbangannya akan kos sara hidup di Singapura yang semakin meningkat dalam jangka masa panjang.



"Sekarang WIS (skim Tambahan Pendapatan Daya Kerja) diberikan kepada mereka yang bergaji $2,300, dan ini menunjukkan bahawa mereka yang membawa pulang jumlah ini dikira bergaji rendah dan memerlukan bantuan, manakala tiga tahun lalu pendapatan ini dilihat sebagai golongan pertengahan.



"Untuk itu, timbul kerisauan sama ada kos sara hidup di Singapura akan terus meningkat secara drastik pada masa hadapan," ujarnya semasa ditemui Berita Harian semalam.



Namun, beliau akui inisiatif atau langkah yang diperkenal pemerintah dalam Belanjawan turut berjaya menarik perhatian ramai, terutama sekali langkah untuk memperketat kuota pekerja asing dalam sektor tertentu.



"Ini dapat membantu pekerja Singapura dalam sektor tersebut untuk mendapatkan gaji yang lebih tinggi dengan laluan kerjaya yang lebih baik," katanya sambil menambah bahawa semakin ramai di antara pelajar Singapura, contohnya dari Institut Pendidikan Teknikal (ITE) menceburi kursus bidang perkhidmatan.



Namun, bagi Pengurus Pembangunan Perniagaan Jamil Catering & Trading Services LLP, Cik Rohaniah Mohamed, langkah memperketat kuota pekerja asing itu mungkin menjejas perniagaannya.



"Peniaga seperti kami agak prihatin tentang kuota pekerja asing kerana dalam industri kami memang gunakan banyak tenaga kerja. Untuk itu apabila kuota diturunkan ia amat membimbangkan kerana kita harus mencari sumber alternatif.



"Dari segi aspek ini, saya juga bercakap untuk perusahaan Singapura lain dalam sektor perkahwinan dan sektor F&B (makanan dan minuman)," ujarnya.



Keprihatinan tersebut turut diutarakan semasa dialog itu dan Cik Rohaniah, 57 tahun, berkata beliau berharap nasib syarikat F&B sepertinya akan dipertimbangkan.



Menyentuh tentang isu itu semasa bertemu media selepas dialog itu malam kelmarin, Encik Masagos berkata antara sebab mengapa langkah pengurangan kuota tenaga kerja asing itu diperlukan adalah untuk memberikan peluang kepada warga Singapura.



Katanya: "Peluang untuk kerja harus diberi kepada warga Singapura yang mahir dan kalau tidak mahir kita harus latih, dan beri mereka peluang untuk isu pekerjaan tersebut sebelum kita memikirkan untuk mengisinya dengan warga asing."



Selain itu, masalah yang dihadapi belia dan mereka yang baru ingin melangkah ke tempat kerja turut dikemukakan.



Menyentuh tentang keprihatinan yang telah dikemukakannya semasa dialog itu, pelajar Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Encik Muhammad Asyraf Mustaffa, 25 tahun, berkata:



"Sebagai seorang belia di Singapura, antara isu yang menjadi kebimbangan kami adalah bagaimana kita harus persiapkan diri untuk melangkah ke alam pekerjaan.



"Apa perkara yang harus diberi perhatian, bagaimana landskap dan persekitaran kewangan Singapura akan berubah, kesemua itu harus diambil kira," katanya.



Tambah Encik Asyraf lagi, beliau turut tertarik untuk melihat bagaimana belanjawan ini akan memberi kesan terhadap lapisan masyarakat yang berbeza.



Walaupun akur akan pentingnya sesi dialog seperti itu, Encik Asyraf menekankan bahawa tindakan yang diambil selepas itu sama pentingnya.



"Apakah tindakan yang boleh diambil pemerintah atau warga Singapura selepas ini untuk memastikan inisiatif yang diperkenalkan kekal berkesan dan mampan. Saya rasa ini penting kerana kita boleh mengadakan banyak dialog tetapi jika tiada 'follow up', mungkin kita tidak dapat meraih manfaat sepenuhnya," katanya.



Ketika diminta mengulas, Cik Rahayu berkata bahawa beliau mengalu-alukan maklum balas yang diterima dari masyarakat.



"Saya gembira melihat penglibatan dan soalan ditimbulkan kerana dapat dilihat tahun demi tahun ada peningkatan kematangan dari segi soalan yang ditanyakan, bukan sahaja isu yang sering ditimbulkan tetapi yang terkini, bertepatan dengan apa yang berlaku pada masyarakat kita," katanya.



Semasa bertemu media selepas dialog tersebut, Encik Masagos berkata walaupun mungkin terdapat perbezaan pendapat dan pandangan berkaitan inisiatif yang dikemukakan pemerintah semasa Belanjawan, namun perpaduan harus terus dikekalkan.



Katanya: "Selama 200 tahun sejarah Singapura dilukis bersama, kita sekarang menghadapi cabaran yang besar dan baru. Dengan belanjawan ini kita dapat gembleng tenaga bersama, dapat persiapkan diri dan ambil peluang secepatnya supaya masa depan yang penuh cabaran ini dapat kita ubah menjadi peluang untuk terus maju sebagai masyarakat dan negara."




''Saya gembira mendengar tentang inisiatif untuk pekerja, contohnya dari segi membantu pekerja bergaji rendah dari segi skim Tambahan Pendapatan Daya Kerja (WIS) dan juga insentif yang diberikan kepada syarikat-syarikat untuk menggalakkan mereka menggajikan pekerja yang lebih berusia. Pada pendapat saya ini langkah yang baik dan berharap ini dapat dikekalkan dan diperbaiki terus.''
- Encik Suzairi Ambri, Naib Presiden Kesatuan Pekerja Gas dan Kuasa (Upage).




''Peniaga seperti kami agak prihatin tentang kuota pekerja asing kerana dalam industri kami memang gunakan banyak tenaga kerja. Untuk itu apabila kuota diturunkan ia amat membimbangkan kerana kita harus mencari sumber alternatif. Dari segi aspek ini, saya juga bercakap untuk perusahaan Singapura lain dalam sektor perkahwinan dan sektor F&B (makanan dan minuman).''
- Cik Rohaniah Mohamed, Pengurus Pembangunan Perniagaan Jamil Catering & Trading Services LLP.




''Sebagai seorang belia di Singapura, antara isu yang menjadi kebimbangan kami adalah bagaimana kita harus persiapkan diri untuk melangkah ke alam pekerjaan. Apa perkara yang harus diberi perhatian, bagaimana landskap dan persekitaran kewangan Singapura akan berubah, kesemua itu harus diambil kira.''
- Encik Muhammad Asyraf Mustaffa, pelajar Universiti Teknologi Nanyang (NTU).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >