Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bantuan kredit utiliti $100 untuk semua isi rumah mempunyai sekurangnya satu warga S'pura: MOF

Jul 02, 2020 | 05:17 PM



SEMUA isi rumah yang mempunyai sekurang-kurangnya satu warga Singapura akan menerima sokongan kredit utiliti berjumlah $100, kata Kementerian Kewangan (MOF) pada Khamis (2 Julai).



Dalam kenyataannya, Kredit Utiliti Kecekalan, yang diumumkan sewaktu pembentangan Belanjawan Kecekalan pada Mei lalu akan diberikan kepada kesemua isi rumah yang layak yang tinggal dalam semua jenis hartanah kediaman.



Bantuan ini akan dikreditkan pada bulan Julai atau Ogos menerusi bil utiliti SP Group, kata MOF.



Pihak kewangan itu juga berkata, bantuan ini adalah satu tanda penghargaan kepada isi rumah setempat kerana telah mematuhi langkah jangan keluar dari rumah sewaktu tempoh pemutus rantaian jangkitan.



Selain itu, sekitar 940,000 isi rumah HDB yang layak juga akan menerima Baucer GST tetap berganda – rebat U-Save sebagai sebahagian daripada Pakej Bantuan Keluarga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >