Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bantuan lampin bagi keluarga kurang mampu North West CDC

Apr 12, 2022 | 05:30 AM



SERAMAI 1,000 kanak-kanak keluarga kurang mmpu di kawasan barat laut akan mendapat bantuan bekalan lampin dalam sebuah program baru Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) North West.



Program Huggies Singapore Diaper Bank @ North West kerjasama CDC dan Kimberly-Clark Singapore itu akan membantu keluarga sedemikian membiayai sebahagian besar perbelanjaan lampin mereka tahun itu, umum North West CDC itu.



Mulai semalam, penduduk layak boleh mula memohon enam paket lampin bagi anak mereka berusia hingga empat tahun. Setiap anak boleh menerima hingga 12 paket lampin, cukup bagi mengurangkan perbelanjaan lampin setahun.



Beberapa keluarga di North West District telah memanfaatkan program perintis itu pada 2021, antaranya Cik Nur Ashikin Razali, yang mempunyai 13 ahli dalam keluarganya.



Dua anaknya memerlukan lampin dan program baru ini dapat meringankan tekanan dalam perbelanjaan keperluan lampin, sekali gus membolehkan tumpuan pada keperluan lain.



"Dengan kos sara hidup semakin meningkat, memang mencabar bergantung pada gaji suami saya untuk menampung kami sekeluarga. Kami risau tentang makanan harian, keperluan rumah dan lampin dua anak.



"Oleh itu, kami berterima kasih bagi sokongan North West CDC dalam pengagihan makanan dan keperluan rumah, dan sekarang bantuan lampin yang membantu mengurangkan perbelanjaan keluarga kami," ujar Cik Nur Ashikin, 37 tahun.



Mayor North West CDC, Encik Alex Yam, berkata menerusi program perintis itu, mereka menyedari lampin antara keperluan penduduk.



"Oleh itu kami memutuskan meningkatkan usaha program itu ke skala besar supaya dapat membantu lebih ramai penduduk secara berterusan," kata Encik Yam.



Antara kriteria bagi bantuan itu ialah mempunyai anak berusia hingga empat tahun dan mempunyai pendapatan per kapita tidak lebih $750 sebulan atau pendapatan kasar bulanan keluarga tidak lebih $1,900.



Pengurus Besar Kimberly-Clark Singapore, Encik Aviroot Prasitnarit, berkata: "Kami amat bangga bekerjasama dengan North West CDC dalam program baru ini bagi menyokong 1,000 keluarga kurang berkemampuan setiap tahun... kami komited memastikan semua keluarga di Singapura mempunyai akses kepada barang keperluan asas dalam perjalanan keibubapaan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >