Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bantuan wang tunai sehingga $900 bagi warga dewasa

Mar 26, 2020 | 05:12 PM



PEMERINTAH akan memberi lebih banyak sokongan wang tunai kepada semua keluarga untuk membantu mereka mengatasi tempoh tidak menentu kini.


Dalam Belanjawan Berdaya Tahan di Parlimen pada Khamis (26 Mac), Menteri Kewangan, Encik Heng Swee Keat, berkata Pakej Jagaan dan Sokongan yang diumumkan dalam Belanjawan bulan lalu akan dipertingkat.


Bayaran tunai bagi semua warga Singapura dewasa akan dinaikkan tiga kali ganda ke antara $300 dengan $900, bergantung pada pendapatan.


Bayaran tunai tambahan kepada setiap ibu bapa warga Singapura dengan sekurang-kurangnya satu anak kecil warga Singapura akan dinaikkan dari $100 ke $300, kata Encik Heng.


Bagi membantu warga Singapura yang memerlukan dengan perbelanjaan harian mereka, khususnya kos makanan, Baucar Barangan Runcit yang akan diberikan tahun ini akan dinaikkan tiga kali ganda dari $100 ke $300.


Sementara itu, tokokan $100 bagi Kad PAssion untuk warga berusia 50 tahun dan ke atas yang diumumkan sebelum ini akan diberikan dalam bentuk wang tunai ke dalam akaun bank mereka.



Ini bagi mengelakkan orang ramai beratur di stesen tokokan dalam tempoh ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >