Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Banyak isu perlu dihurai sebelum AI diguna secara meluas: Dekan

AI
Jul 28, 2022 | 07:32 AM



KECERDASAN buatan (AI) dan robotik telah membawa beberapa kemajuan dalam bidang perubatan, misalnya alat diagnostik lebih tepat dan cepat.



Namun, ada banyak isu etika dan undang-undang yang perlu dihuraikan sebelum teknologi ini boleh dilaksana dalam bidang tersebut dengan lebih luas, kata dekan Sekolah Perubatan Lee Kong Chian di Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Profesor Joseph Sung.



Isu etika dan undang-undang itu termasuk cara memastikan data peribadi pesakit digunakan secara menghormati privasi mereka, dan siapa harus bertanggungjawab sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku atau berlaku penganiayaan disebabkan penggunaan alat yang didayakan AI.



"Jika kita tidak tahu menggunakan teknologi secara sesuai, kita akan diambil alih dan ini akan membawa manusia kepada bencana," kata beliau dalam majlis pelantikan tahunan Akademi Perubatan Singapura (AMS) di hotel Grand Copthorne Waterfront baru-baru ini.



Semasa majlis itu, AMS menganugerahkan gelaran Zamil Kehormat kepada Presiden Halimah Yacob bagi mengiktiraf sumbangan beliau kepada Singapura dan akademi itu, di mana beliau berkhidmat sebagai penaungnya.



Puan Halimah juga menyaksikan pelantikan 105 zamil baru akademi itu, lapor akhbar The Straits Times.



Dalam ucapannya, Profesor Sung menyatakan betapa AI dan robotik telah meresap ke dalam banyak aspek kehidupan, termasuk bidang perubatan, di mana ia telah memberi kesan ke atas penyedia penjagaan kesihatan dan klinisian, sistem penjagaan kesihatan itu sendiri, dan masyarakat.



Contohnya, alat AI berdasarkan imej untuk diagnosis digunakan dalam banyak kepakaran klinikal, kata Profesor Sung.



Beliau menambah bahawa alat sebegitu boleh mengesan sama ada ketumbuhan itu maglinan (barah) atau tidak bahaya, memberi ramalan tentang penyembuhan sesuatu penyakit, dan faktor seperti apakah pesakit akan bertindak balas kepada kemoterapi atau rawatan lain.



"Kecederasan buatan boleh membantu kita memperbaiki kecekapan dan peruntukan sumber kerana ia boleh meramal beban besar penjagaan kesihatan dan kesan individu menghidap barah, kencing manis atau penyakit kronik lain," kata Profesor Sung.



"Ini amat penting bagi penggubal dasar untuk memutuskan ke mana sumber penjagaan kesihatan harus diperuntukkan."



Teknologi itu juga boleh memperbaiki penjagaan peribadi, memperkasa pesakit untuk menjaga diri mereka sendiri menggunakan peranti yang boleh dipakai, contohnya, dan berjumpa dengan doktor apabila ada keluarbiasaan yang dikesan.



Tetapi, meskipun dengan kejayaan cemerlang dalam AI dan robotik, pengunaan huraian berdasarkan teknologi ini lembap, kata Profesor Sung.



Privasi data juga satu keprihatinan, kata Profesor Sung, sambil menambah bahawa lebih banyak data sulit dan peribadi mengenai kesihatan, biologi dan gaya hidup orang ramai sedang dijana berbanding sebelum ini.



Dalam pada itu, masih ada banyak keraguan dalam kalangan pesakit sama ada AI dan mesin boleh dan harus membuat keputusan hidup dan mati.




"Kecederasan buatan boleh membantu kita memperbaiki kecekapan dan peruntukan sumber kerana ia boleh meramal beban besar penjagaan kesihatan dan kesan individu menghidap barah, kencing manis atau penyakit kronik lain. Ini amat penting bagi penggubal dasar untuk memutuskan ke mana sumber penjagaan kesihatan harus diperuntukkan."
- Profesor Joseph Sung, Dekan Sekolah Perubatan Lee Kong Chian, Universiti Teknologi Nanyang (NTU).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >