Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bapa, anak maut dalam nahas di PIE; bakal dapat cahaya mata lagi pada Dis

Nov 13, 2023 | 08:19 PM



Seorang penunggang motosikal yang menemui ajal bersama anak yang diboncengnya dalam satu nahas di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) pada Sabtu, bakal menerima seorang lagi cahaya mata pada bulan depan, kata adik mangsa Encik Farooq Abdul Halim kepada Berita Harian (BH).


Allahyarham Muhammadhu Abdul Halim, seorang penasihat kewangan berusia 39 tahun, dan anak sulungnya Allahyarham Muhammad Zaahir Muhammadhu, sembilan tahun, terkorban dalam satu kemalangan langgar lari melibatkan sebuah lori dan motosikal yang ditunggangnya Sabtu pagi.


Polis berkata ia menerima panggilan mengenai nahas di PIE menuju ke Lapangan Terbang Changi, sebelum susur keluar ke Jalan Bahar itu sekitar 10.10 pagi.

Adik arwah, Encik Farooq, 38 tahun, berkata arwah meninggalkan isterinya dan seorang lagi putera lelaki berusia tujuh tahun.







Allahyarham Muhammadhu, anak kedua dalam keluarga empat beradik, selamat dikebumikan di Pusara Aman sekitar waktu asar pada Sabtu.

Encik Farooq memberitahu BH, arwah, yang tinggal bersama isteri dan dua anak lelakinya di kawasan Pioneer, sedang berada dalam perjalanan ke pusat latihan kelab bola sepak Lion City Sailors di Mattar Road untuk menghantar anak sulungnya itu ke satu sesi latihan apabila kemalangan itu berlaku.


Allahyarham Muhammad Zaahir merupakan seorang pemain pasukan muda kelab itu.

“Tempat kemalangan itu tidak sampai lima atau 10 minit dari rumah mereka,” kata Encik Farooq.

Beliau menambah, isteri arwah bakal melahirkan anak ketiga mereka bulan depan, namun jantinanya tidak diketahui.

Pada hari kemalangan itu juga, menurut Encik Farooq, arwah Muhammadhu dan anaknya sepatutnya bertemu isteri dan anak keduanya di Taman East Coast bagi satu acara perhimpunan keluarga selepas latihan bola sepak itu berakhir.

Ibu bapa dan adik beradik arwah juga hadir dalam acara itu.

“Arwah memang gemar menyaksikan anaknya berlatih dan akan memberi panduan selepas setiap sesi latihan. Dia tak akan tinggalkan anaknya berlatih seorang diri,” ujar Encik Farooq sambil menambah, arwah seorang peminat bola sepak dan masih aktif dalam sukan itu.

“Jadi mereka tunggu dan tunggu beberapa jam, dan menelefonnya, tapi arwah tak sampai-sampai,” katanya lagi menerusi telefon dan kedengaran sedang menangis.


“Kami dapat tahu tentang pemergiannya apabila Polis Trafik (TP) menghubungi kami dalam sekitar 12.30-1 tengah hari bahawa arwah terlibat dalam kemalangan.”







Menukil laporan The Straits Times, pemandu lori yang terlibat dalam nahas itu, seorang lelaki berusia 68 tahun telah ditangkap kerana memandu secara cuai hingga menyebabkan kematian, kata polis.


Encik Farooq berkata keluarganya juga sedang memohon agar saksi kejadian tampil dan memberi maklumat kepada mereka.

Beliau berkata, Allahyarham Muhammadhu merupakan seorang abang dan anak yang baik dan pemurah hati.


“Arwah akan selalu berada di sisi adik-beradiknya dan ibu bapanya, dan tidak pernah menolak sebarang permintaan bantuan,” kata Encik Farooq dengan hati yang berat.


Seorang teman rapat, Encik Muhammad Fairus Aslam, 36 tahun, yang berkenalan dengan arwah sejak berusia 18 tahun, berkata arwah seorang yang peramah.

Pada Sabtu, Encik Fairus berkata ratusan orang, terdiri daripada sahabat handai dan sanak saudara telah hadir pada majlis pengebumiannya di Pusara Aman.

“Senang kata, bila kami perlu bantuan, arwah selalu ada.”

Encik Fairus menambah, arwah nekad membesarkan anaknya sebagai pemain bola sepak handal.

Tanpa lelah beliau akan menghantar kedua-dua anaknya untuk berlatih dari Pioneer hingga ke Mattar Road empat hingga lima kali seminggu.

“Kami kehilangan seorang teman dan ayah yang sangat baik dalam hidup kami,” ujar Encik Fairus lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >