Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penunggang motosikal, pembonceng 9 tahun, maut dalam kemalangan langgar lari

Nov 11, 2023 | 4:58 PM
MAUT DI JALAN RAYA: Menurut akhbar Shin Min, terdapat dua khemah biru di tempat kejadian, dan sebuah lori di tepi jalan.
MAUT DI JALAN RAYA: Menurut akhbar Shin Min, terdapat dua khemah biru di tempat kejadian, dan sebuah lori di tepi jalan. - FOTO: SHIN MIN DAILY

Seorang penunggang motosikal berusia 39 tahun dan pemboncengnya yang berusia sembilan tahun meninggal dunia dalam kemalangan langgar lari di Ekspreswe Pan Island (PIE) pada pagi Sabtu. 

Semasa dihubungi, polis berkata mereka dimaklumkan mengenai kemalangan yang melibatkan sebuah trak dengan sebuah motosikal di PIE menuju ke Lapangan Terbang Changi sebelum jalan susur keluar Jalan Bahar, pada 10.10 pagi. 

“Pemandu lori telah meninggalkan tempat kejadian dan usaha untuk mengesan pemandu sedang dijalankan,” kata polis. 

Namun seorang pemandu trak berusia 68 tahun kemudian diberkas kerana memandu secara cuai dan menyebabkan kematian, tambah polis.

Kedua-dua penunggang motosikal dan pembonceng motosikal itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh seorang paramedik, kata Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF). 

Rabu lalu, penunggang motosikal berusia 27 tahun, Muhammad Nurhilmi Atan terbunuh selepas kemalangan yang melibatkan sebuah lori dan bas mini di East Coast Parkway (ECP). 

Seorang penumpang lelaki bas mini telah ditangkap dan didakwa pada Jumaat kerana menyebabkan kecederaan parah dengan melakukan perbuatan merbahaya. 

Dia didakwa melompat keluar dari bas yang sedang bergerak itu, menyebabkan sebuah lori berdekatan terhenti. Encik Nurhilmi kemudian bertembung dengan bahagian belakang lori tersebut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg