Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bapa didenda kerana tampar rakan sedarjah anak

Jan 27, 2017 | 09:30 AM



SEORANG bapa yang marah selepas mendapat tahu anak perempuannya diganggu rakan sedarjah, pergi ke sekolah anaknya dan menampar budak lelaki sembilan tahun itu.

Penjaja berusia 47 tahun itu, yang tidak boleh dinamakan bagi melindungi identiti kanak-kanak terlibat, didenda $3,500 pada Khamis (26 Jan) selepas mengaku bersalah menyebabkan kecederaan. Tuduhan pencerobohan jenayah diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.

Pada 7 Okt 2015, anaknya bangun pada 7.45 pagi dan memberitahu ibunya dia tidak mahu pergi ke sekolah kerana budak lelaki berkenaan.

Ibunya meminta suaminya membawa anak mereka ke sekolah.

Semasa tiba di sekolah, dia memberitahu seorang pengawal keselamatan dia mahu menemui pengetua.

Tetapi dia sebaliknya pergi ke kelas anaknya di tingkat ketiga. Seorang guru telah mengajar muzik.

Anak itu menunjukkan bapanya budak berkenaan.

Bapanya lalu menyuruh budak itu ke depan dan bertanya sama ada dia telah membuli anaknya.

Apabila budak itu menafikan, penjaja itu menampar hingga berbekas.

Budak itu menangis ketakutan hingga terkencing.

Guru yang berdiri di belakang budak itu segera melindunginya sedang penjaja itu terus memarahi budak berkenaan.

Dia kemudian meninggalkan sekolah.

Ibu bapa budak itu diberitahu mengenainya.

Budak itu kemudian dibawa ke klinik dan didapati ada sedikit bengkak di kawasan geraham.

Lelaki berkenaan boleh dihukum sehingga dua tahun penjara dan denda $5,000 menyebabkan kecederaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >