Subuh
5:56
Syuruk
7:17
Zuhur
1:20
Asar
4:41
Maghrib
7:21
Isyak
8:33

Bapa tak fikir dua kali selamatkan anak terkena kejutan elektrik

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Bapa tak fikir dua kali selamatkan anak terkena kejutan elektrik

Jun 17, 2021 | 05:30 AM

BELIAU terkejut mendengar teriakan anak perempuannya yang berusia 10 tahun dan berlari masuk rumah sambil menangis.

Meskipun tidak mendengar apa yang beliau katakan, Encik Muhammad Nazlan Mohamad Zulkiflee sedar bahawa ada sesuatu yang buruk telah berlaku kepada anak lelakinya.

Pada masa itu, beliau dan isteri, Cik Rozianah Rosli, sedang berehat di rumah sambil menonton televisyen, sementara tiga anaknya bermain di taman permainan berdekatan.

Encik Muhammad Nazlan, 34 tahun, langsung bergegas keluar dari unit HDB yang terletak di tingkat bawah itu dan mengikut anak perempuannya ke taman permainan yang terletak sekitar 50 meter depan rumah.

Apa yang beliau lihat pasti meninggalkan kesan trauma mendalam dalam dirinya, akui Encik Muhammad Nazlan.

"Saya lihat anak saya terbaring di bawah, tangannya melekat di tiang lampu.

"Nampak macam tubuhnya dah keras, matanya terbuka, saya ingat dia dah tak ada," ujarnya semasa dihubungi Berita Harian.

Anak lelaki sulungnya, Muhammad Rifqy, 14 tahun, sedang bermain bola dengan temannya apabila kededua mereka terkena kejutan elektrik dari tiang lampu berdekatan di Blok 63 Lorong 5 Toa Payoh.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata ia menerima panggilan pada 8.25 malam dan dua orang telah dibawa ke Hospital Wanita dan Kanak-kanak KK (KKH).

Menurut Encik Muhammad Nazlan, anaknya dimasukkan ke unit jagaan rapi (ICU) pada mulanya, namun kini berada di wad biasa. Teman Rifqy sudah dibenarkan keluar dari hospital.

Rifqy tidak sedarkan diri selepas terkena kejutan elektrik sedang dia mengambil bola di bawah tiang lampu itu.

"Saya tanya dia dan dia kata walaupun tak sedarkan diri, dia masih boleh dengar kekecohan orang sekeliling.

"Bila saya lihat dia terbaring di situ, saya cuba tolak dia jauh dari tiang lampu tapi terus terkena kejutan elektrik, rasa seluruh tubuh lembik.

"Tangannya kelihatan terbakar. Jantung saya tiba-tiba terasa seperti ada orang cucuk dan saya sukar bernafas. Saya juga rasa dua kejutan di tangan dan kaki bila saya gunakan tangan saya untuk tarik dia.

"Tapi dalam fikiran, saya hanya mahu selamatkan anak saya, walaupun saya mungkin terkorban sekali," kata Encik Muhammad Nazlan.

Mujur salah seorang jirannya mencampakkan penyapu yang digunakan untuk menolak tubuh anaknya itu jauh dari tiang lampu tersebut.

Menurut Encik Muhammad Nazlan, Rifqy masih dipantau di hospital dan kurang berbual, mungkin disebabkan trauma dari insiden itu.

Dalam satu kenyataan semalam, Majlis Bandaran Bishan-Toa Payoh (BTPTC) berkata ia telah menyelesaikan siasatan berkaitan punca insiden itu.

Menurut kenyataan itu, juruelektrik mendapati kesan koyak kecil pada penebat wayar dalam tiang lampu itu yang mungkin tidak kelihatan kecuali apabila kotak elektrik dibuka.

Juruelektrik itu menyimpulkan bahagian wayar yang terdedah dan menyentuh besi tiang lampu mungkin punca kejutan elektrik itu, dedah BTPTC.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3