Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Barisan beratur masih panjang tapi jumlah orang ke ICA berkurang

Jun 14, 2022 | 05:30 AM



WALAUPUN barisan beratur yang panjang masih dilihat di luar bangunan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) semalam, bilangan orang yang berkunjung ke sana kelihatan berkurangan.



Mulai semalam, rayuan untuk mempercepatkan proses mendapatkan pasport hanya boleh dilakukan secara dalam talian.



Ini berbeza dengan minggu-minggu sebelumnya di mana orang ramai boleh datang secara fizikal ke bangunan ICA untuk melakukan demikian.



Berhubung permohonan pasport, hanya pemohon yang mahu mengambil pasport sudah siap, menghantar dokumen sokongan, atau menghantar semula gambar akan dibenarkan masuk ke bangunan ICA di Kallang Road.



Ketika Berita Harian (BH) meninjau kawasan di bangunan ICA pagi semalam, ramai sudah beratur panjang. BH difahamkan bahawa orang ramai mula beratur sebelum 7 pagi, walaupun bangunan ICA hanya dibuka pada 8 pagi.



Pengunjung diberi pelekat berbeza warna berdasarkan tujuan mereka ke sana, dan beberapa kakitangan juga dilihat membantu mengarah pengunjung ke laluan yang sesuai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >