Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Baru 10 tahun dah pikul tugas ketua keluarga

Nov 11, 2017 | 05:30 AM



USIANYA baru 10 tahun, namun Nurul Syafiqah Roslan sudah pun menjadi 'ketua keluarga'.



Tatkala ramai anak seusianya liat bangun pagi, anak sulung dua beradik ini perlu bangkit pada waktu malam untuk menemani ibunya ke tandas atau menuangkan air agar beliau dapat membasah tekak.



Pelajar Sekolah Rendah Bedok Green itu juga perlu bangun seawal 6 pagi untuk menyiapkan sarapan keluarga, mengatur ubat-ubat buat ibunya, mengejutkan adiknya yang berusia lapan tahun untuk ke sekolah, selain mencuci pakaian dan mengemas rumah sejurus pulang dari sekolah.



Syafiqah terpaksa memikul semua tanggungjawab itu kerana ibunya, Cik Yanti Mazlan, 43 tahun, menghidap pelbagai penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, kegagalan ginjal, lemah jantung dan menjalani pembedahan pinggul sehingga sukar berjalan.



Cik Yanti, yang berkerusi roda selain menggunakan tongkat berkaki empat, ketika ditemui di flat tiga bilik keluarga itu di Bedok South Road, berkata Syafiqah mengambil alih semua tugasan tersebut sejak ayahnya, penghidap barah hidung, meninggal dunia akibat pneumonia Ogos lalu.



"Sebelum ini, arwah suami saya yang bantu kerja rumah, masak semua dia yang buat. Tapi sekarang anak saya yang banyak bantu. Ubat-ubatan saya dia yang siapkan. Dia yang uruskan adik dia dan dengan bantuan ibu saya, dia masak juadah mudah," kata Cik Yanti, yang perlu memakan sekitar 12 jenis ubat setiap hari dan kini perlu menjalani rawatan dialisis tiga kali seminggu.



Syafiqah, yang jelas berasa hiba ketika ditanya tanggungjawabnya, berkata:



"Memang susah... (ambil tugas ayah) kerana saya kena bangun pagi untuk siapkan ubat, buat sarapan dan nak pergi sekolah. Tapi saya buat semua kerana saya sayang mama."



Ada ketika ibunya tidak memakan ubat yang sepatutnya.



"Nanti dia yang akan mengomel sampaikan saya yang rasa macam jadi budak-budak balik," kata Cik Yanti, yang bersyukur ibunya, Hajah Patijah Haji Elias, 66 tahun, pekerja pembersihan, yang menetap di Hougang, kini membantu dan menginap di rumahnya.



Nenek Syafiqah itulah yang memberi tunjuk ajar kepadanya dalam mengendali kerja rumah.



"Saya rasa dia tiba-tiba jadi orang dewasa sebab tanggungjawab bapak dia, dia yang ganti," kata Hajah Patijah.



Jika sebelum ini Cik Yanti yang bertugas sebagai pembantu kewangan merupakan pencari nafkah utama dalam keluarga, kini keluarga itu perlu bergantung pada bantuan Pejabat Khidmat Sosial (SSO) yang memberi $700 sebulan selain mengurus bil air lampu.



Syafiqah turut mendapat bantuan percuma kelas tuisyen privet di Frankel Avenue.



Baru-baru ini, Syafiqah antara empat penerima Anugerah Penjaga Berdedikasi oleh Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) bagi mengiktiraf sumbangan dan pengorbanannya itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >