Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Batal perjanjian urus hab sukan: Pemerintah bayar $1.4b, kurang $100j

Feb 07, 2023 | 05:30 AM



PEMERINTAH telah membuat pembayaran pendahuluan sebanyak $1.4 bilion bagi kos batal perjanjian kepada Sports Hub Pte Ltd (SHPL), sekitar $100 juta lebih rendah berbanding jumlah yang diunjurkan sebelum ini, menyusuli pemindahan Hab Sukan Singapura ke tangan pengurusan baru.



SHPL ialah konsortium yang mengendalikan hab itu sebelum ia secara rasmi diserahkan Disember lalu kepada sebuah entiti baru, Kallang Alive Sport Management Co Pte Ltd (KASM), yang dimiliki sepenuhnya oleh Majlis Sukan Singapura (SportSG) dan ditubuhkan untuk menguruskan hab itu.



Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Menteri Kedua Undang-Undang, Encik Edwin Tong, dalam jawapan bertulis kepada soalan Parlimen semalam berkata:



"Ini sebahagian besarnya kerana kami dapat mengurangkan kos batal perjanjian, tidak termasuk pembayaran hutang dan kos berkaitan, dalam rundingan.



"Dengan persetujuan Presiden, pemerintah membuat pendahuluan daripada Dana Luar Jangka bagi Kos Batal Perjanjian, dan akan menggantikan pendahuluan itu melalui Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan di Belanjawan 2023."



Pemerintah tidak akan menggunakan rizab masa lalu untuk menggantikan pendahuluan itu, tambah Encik Tong.



KASM telah menganjurkan pelbagai kegiatan sejak mengambil alih hab itu, termasuk persembahan, acara berjalan kaki bagi menyambut Tahun Baru dan Karnival Dermaga Stadium Tahun Baru Cina.



Encik Tong berkata orang ramai boleh menjangka lebih banyak acara masyarakat dalam beberapa bulan mendatang, termasuk pertandingan akhir Sukan Sekolah Kebangsaan, Rumah Terbuka Stadium Negara dan program serta kegiatan akar umbi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >