PENANGKAPAN enam lelaki yang merancang menyerang Singapura dengan roket yang menjadi berita panas di Singapura, menjejas kunjungan pelancong ke Batam dan tarikan-tarikan lain di Kepulauan Riau.
Namun, Ketua Polis Daerah Kepulauan Riau (Polda Kepri), Brigedier-Jeneral Sam Budigusdian, memberi jaminan bahawa pelancong asing atau domestik tidak perlu bimbang kerana Batam dan Kepulauan Riau aman dan selamat dikunjungi.