Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Baucar barangan dapur kedua akan diberi terus ke rumah penerima

Dec 06, 2020 | 07:00 PM



MOHD NOOR A. RAHMAN

noorar@sph.com.sg



KUMPULAN kedua baucar barangan dapur bernilai $150 akan diberi kepada warga Singapura yang kurang mampu, kali ini langsung ke rumah mereka.


Baucar itu akan dihantar pada empat Sabtu berikutnya mulai 12 Disember ini. Ini setelah berlakunya kes kecurian daripada peti surat membabitkan 229 set baucar sebelumnya. 


Menurut Kementerian Kewangan (MOF) Ahad (6 Dis), baucar itu bertujuan membantu penerima membiayai perbelanjaan keperluan mereka dalam tempoh sukar sekarang.


Warga Singapura berusia 21 tahun dan ke atas tahun ini dan tinggal di flat HDB satu dan dua bilik, dan tidak memiliki lebih satu hartanah, layak menerima baucar itu.


Diumumkan semasa Belanjawan 2020 oleh Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat pada 18 Februari lalu, kira-kira 150,000 penerima yang layak masing-masing akan mendapat $300 pada tahun ini dan lagi $100 pada Oktober tahun depan. Kumpulan baucar pertama bernilai $150 telah diedarkan pada Oktober lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >