Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Baucar Teroka Semula SG rancak ditempah

Dec 07, 2020 | 05:30 AM



HAMPIR 12,000 tempahan menerusi Baucar Teroka Semula Singapura atau SingapoRediscovers bagi hotel, tempat tarikan dan pelancongan dalam negeri telah dibuat pada 1 Disember lalu - hari pertama baucar dibenarkan ditebus.



Tempahan yang dibuat merentasi lima rakan kongsi tempahan Lembaga Pelancongan Singapura (STB) bernilai sekitar $1.86 juta dalam bentuk baucar dan bayaran.



"Terdapat gabungan tempahan yang baik bagi hotel, tempat tarikan dan industri pelancongan serta minat yang sihat bagi pakej rentas sektor," kata STB.



Lebih daripada 4,000 rakyat Singapura juga telah mengunjungi 53 balai rakyat pada Selasa lalu untuk mendapatkan butiran mengenai baucar itu, kata STB lagi.



Baucar itu juga boleh ditebus dalam talian menerusi lima rakan kongsi tempahan yang dibenarkan termasuk Changi Travel Services (juga dikenali sebagai Changi Recommends), Klook, Trip.com, GlobalTix dan Traveloka.



Terdapat lebih 240 aktiviti di Klook dan 260 aktiviti di Trip.com.



"Orang ramai tidak perlu kelam-kabut untuk menebus baucar kerana lebih banyak produk akan ditambah dalam masa tujuh bulan akan datang.



"STB akan terus bekerjasama dengan sektor pelancongan untuk memperkenal pakej lebih menarik dan berbaloi dengan harga," kata STB lagi.



Suri rumah Cik Nur'Fitri Baizura Taha, 26 tahun, telah manfaatkan baucarnya untuk ke SEA Aquarium dan Singapore Zoo.



"Pada awalnya saya fikir untuk menggunakan baucar untuk staycation di hotel tetapi saya dapati ia lebih berbaloi untuk ke tempat tarikan kerana saya dapat mengunjungi sehingga dua tempat.



"Memang agak sedih tidak dapat ke luar negara tahun ini tetapi sebenarnya Singapura mempunyai banyak tempat menarik yang ada kalanya kita terlepas pandang kerana kita terlalu tertumpu kepada tarikan luar negara.



"Jadi dengan baucar ini, ia peluang baik untuk kita meneroka dan menghargai keindahan negara sendiri," katanya.



Bagi Cik Herlinda Ridwan, 39 tahun, yang ditemui di luar SEA Aquarium, beliau berkata proses menebus baucar amat mudah dan tidak merungsingkan.



"Saya hanya perlu ke laman Globaltix dan Trip.sg, daftar masuk ke SingPass dan kemudian tebus.



"Kami bersyukur adanya inisiatif sebegini kerana meski tidak dapat ke luar negeri, kami dapat menghabiskan masa dengan keluarga yang kebanyakannya sibuk tahun ini kerana mereka merupakan frontliner atau bekerja di barisan hadapan," ujarnya. Laporan tambahan NATASHA MUSTAFA



Laporan lain:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >