Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BAUCAR TEROKA SEMULA SINGAPURA

Batal bercuti ke Jepun, sekeluarga melancong dalam negeri

Dec 07, 2020 | 05:30 AM



MENJELANG hujung tahun, Cik Mastura Dawood sering membuat rancangan ke luar negara bersama keluarganya.



Namun, dengan sekatan pergerakan ke luar negara yang masih ketat, mereka terpaksa membatalkan percutian ke luar negeri itu pada musim cuti sekolah tahun ini.



Sebaliknya Cik Mastura dan keluarganya telah membuat rancangan alternatif untuk bersiar-siar dalam negara sendiri dengan memanfaatkan baucar Baucar Teroka Semula Singapura.



Apabila ditemuinya di S.E.A Aquarium di Sentosa, Cik Mastura berkata beliau telah merancang untuk ke Jepun sejak tahun lalu.



"Sebenarnya saya setiap tahun selalu keluar negara bersama anak-anak saya pada November atau Disember.



"Tahun ini, kami ingin membawa anak-anak ke Jepun, ke Universal Studios di Jepun kerana mereka suka sangat dengan filem Harry Potter.



"Jadi dengan sekatan pergerakan keluar negara masih ketat sekarang, kami agak kecewa tidak dapat melancong," kata beliau yang berusia 35 tahun.



Sebagai seorang pekerja perkhidmatan pelanggan bersekutu bersama Syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA), beliau sangat berharap dapat meluangkan masa bersama keluarganya di luar negara kerana beliau selalu bekerja syif.



Mengalu-alukan inisiatif Baucar Teroka Semula Singapura, Cik Mastura berkata ia memberinya peluang untuk terus melancong dan membawa anak-anaknya menikmati tarikan yang mereka minat di Singapura.



"Sebenarnya ini bukan pertama kali kami mengunjungi S.E.A Aquarium. Kami telah memilih datang sekali lagi ke sini kerana anak-anak saya suka sangat tempat ini.



"Banyak sebenarnya tarikan tempatan yang menarik. Dengan adanya baucar ini sekarang, ia merupakan faktor tambahan untuk kami datang melawat tempat ini sekali lagi," kata ibu tiga orang anak perempuan itu.



Berkongsi mengenai proses menebus baucar ditebus, beliau berkata ia agak mudah dan beliau telah melakukannya dalam talian melalui laman Klook.



"Sebenarnya prosesnya agak cepat. Saya hanya perlu memilih tarikan atau kegiatan yang saya mahu dan log masuk menggunakan SingPass saya untuk menebus baucar itu.



"Saya rasa ramai yang celik teknologi boleh melakukannya.



"Mungkin ia akan agak mencabar untuk mereka yang tidak biasa menggunakan teknologi. Tetapi dengan bantuan, pasti ramai dapat terus memanfaatkan baucar ini dalam masa akan datang," jelasnya.



Dengan adanya baki baucar selepas mengunjungi tarikan itu, Cik Mastura berkata dalam beberapa minggu akan datang, beliau merancang mengunjungi tarikan lain seperti Universal Studios Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >