Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bayaran bulanan CPF naik 25% bagi tempoh 2019-2021

May 06, 2022 | 05:30 AM



PEMBAYARAN persaraan bulanan daripada Tabung Simpanan Pekerja (CPF) telah meningkat 25 peratus antara 2019 dan tahun lalu, menurut perangkaan yang dikeluarkan Lembaga CPF semalam.



Pembayaran median naik daripada $460 bagi mereka yang mencapai usia 65 tahun pada 2019, kepada $580 bagi pencarum yang mencapai usia itu pada 2021.



Perangkaan bayaran bulanan itu bagi mereka yang memilih untuk mengeluarkan wang CPF itu pada usia 65 tahun.



Bagi mereka yang memilih untuk mengeluarkan wang CPF pada usia 70 tahun, pembayaran bulanan itu meningkat daripada $610 pada 2019 kepada $760 pada 2021.



Menurut perangkaan yang dikeluarkan dalam penerbitan CPF Trends, bilangan pencarum yang memilih untuk menangguhkan pembayaran juga telah meningkat daripada 43 peratus pada 2019 kepada 54 peratus tahun lalu.



Pencarum yang menangguhkan pembayaran CPF itu kepada usia 70 tahun menerima 30 peratus lebih tinggi setiap bulan, menurut laporan itu lagi.



Perangkaan tersebut merujuk kepada semua pencarum yang layak menerima pembayaran bulanan pada usia 65 tahun, dan berdasarkan andaian bahawa semua anggota berada di bawah Pelan Standard CPF LIFE.



Paling lambat pencarum boleh mula menerima pembayaran CPF adalah pada usia 70 tahun.



LAPORAN SELANJUTNYA: 7 dalam 10 pencarum keluar wang CPF secara pukal sebelum usia 65 tahun




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >