Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Bayaran tempat letak kereta guru jana pendapatan hingga $10j setahun

Jul 10, 2018 | 05:30 AM



LANGKAH mengenakan bayaran tempat letak kereta di sekolah kepada guru dianggar menghasilkan pendapatan sebanyak $8 juta hingga $10 juta setahun.



Hal tersebut dinyatakan dalam jawapan bertulis Menteri Pendidikan Ong Ye Kung semalam.



Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP), Encik Leon Perera, daripada Parti Pekerja (WP), mengenai pendapatan daripada yuran tersebut.



Encik Ong berkata pendapatan itu akan disimpan oleh pihak sekolah.



Ada sebanyak 360 sekolah rendah, sekolah menengah dan maktab rendah di Singapura.



Bermula Ogos ini, guru perlu membayar jika mahu meletak kereta di sekolah.



Bayaran meletak kereta di kawasan tidak tertutup ialah $75 sebulan semasa penggal sekolah dan $15 sebulan semasa cuti sekolah pada Jun, November dan Disember.



Bagi tempat letak kereta tertutup, guru perlu membayar $100 sebulan semasa tempoh sekolah dan $20 sebulan semasa cuti sekolah.



Secara keseluruhannya, bayaran itu mencecah $720 setahun bagi tempat meletak kereta tidak tertutup dan $960 bagi tempat meletak kereta tertutup.



Kadar bayaran letak kereta itu dikenakan sejajar dasar "gaji bersih" Jabatan Perkhidmatan Awam (PSD) yang menyatakan bahawa gaji didedahkan sepenuhnya, tanpa faedah dan keistimewaan tersembunyi.



Langkah itu dibuat selepas semakan terhadap dasar meletak kereta secara percuma di sekolah bermula pada 2015 oleh Kementerian Pendidikan (MOE).



Laporan Pejabat Auditor Negara (AGO) pada tahun sama menegur beberapa institusi pendidikan kerana membenarkan kakitangan meletak kereta secara percuma atau dengan bayaran di bawah harga pasaran.



Amalan sedemikian "sama seperti menyediakan subsidi tersembunyi meletak kenderaan", kata AGO dalam laporan tahunan mengenai masalah kewangan dalam sektor awam.



Kesemua lima politeknik dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) sudah mula mengenakan bayaran tempat letak kereta Oktober tahun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >