Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bazar Geylang Serai terima sekitar 3j pengunjung sejauh ini

Apr 14, 2023 | 01:48 PM



BAZAR Raya Geylang Serai telah menarik kira-kira 3 juta pengunjung sejak dibuka pada 17 Mac lalu.



Menyatakan demikian pada Jumaat, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, berkata jumlah pengunjung itu dikira dan dinilai oleh pasukan agensi keselamatan yang membuat rondaan di bazar itu setiap hari.



“Jumlah itu dikumpul dan dilaporkan di penghujung setiap hari,” katanya dalam satu catatan di media sosial.



Bazar itu bermula dari Pasar Geylang Serai hingga ke Tanjong Katong Complex, termasuk Haig Road dan Joo Chiat Compleks.



 “Ramai pengunjung memberitahu saya bahawa mereka datang ke bazar berkali-kali atas pelbagai sebab. Antaranya untuk membeli makanan, membeli-belah atau hanya untuk berjalan-jalan dengan rakan dan keluarga mereka,” kata Dr Faishal.



Bazar Raya Geylang Serai tahun ini merupakan bazar Raya terbesar pernah dianjurkan dengan sebanyak 700 gerai runcit serta makanan dan minuman (F&B) disediakan.



Ia juga berlangsung selama 36 hari – dari 17 Mac hingga 21 April – yang merupakan tempoh paling lama acara itu pernah dianjurkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >