Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bazar Kampong Gelam kembali lagi dengan juadah tradisional dan 'hipster'

Mar 25, 2022 | 06:19 PM



SETELAH dua tahun menyepi, bazar di Kampong Gelam kembali lagi tahun ini, menyajikan sebanyak 22 gerai yang bakal menjual pelbagai juadah, dari tradisional hingga moden.



Bazar Ramadan yang diberi nama Walk Thru Souq itu merupakan anjuran Persatuan One Kampong Gelam (OKG) dengan kerjasama Lazada Singapore dan syarikat pengurusan acara LalooLalang.



Menjawab pertanyaan Berita Harian (BH), jurucakap OKG berkata bazar tersebut ditempah penuh oleh peniaga pada 15 Mac, menyusuli kelulusan daripada Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) pada lewat Februari.



Ketika ditemui BH pada Jumaat (25 Mac), pasangan selebriti Huda Ali dan Den Sabari yang mengendalikan LalooLalang berkata orang ramai boleh menjangkakan makanan yang membawa kembali semangat Ramadan, seperti dendeng, lemang, sate dan sebagainya.



Acara sebulan itu turut melibatkan penyertaan perniagaan makanan seperti Chulop!, Kream, Broti dan T Bob’s Corner.



“Kami mahu keseimbangan yang adil antara makanan tradisional dan 'hipster',” kata Den.



Huda menambah bahawa konsep bazar tersebut akan memudahkan pengalaman memandangkan orang ramai hanya perlu berjalan dalam laluan yang lurus tanpa perlu “keliru” pusing sana sini demi mencari gerai.



Bazar yang akan berlangsung dari 1 April hingga 1 Mei itu, akan diadakan di Kandahar Street di mana setiap zon mempunyai satu tempat masuk dan satu tempat keluar.



Acara Walk Thru Souq merupakan sebahagian daripada kempen lebih besar, Cinta Cahaya Ramadan @ Kampong Gelam yang akan diadakan dari 1 April hingga 8 Mei.



Selain bazar fizikal, kempen itu antaranya menampilkan pertunjukan cahaya di permukaan Masjid Sultan, bengkel dan lawatan di sekitar Kampong Gelam serta kegiatan dalam talian.



Selain bertujuan menarik lebih ramai pengunjung ke kawasan Kampong Gelam, kempen itu juga ingin menyemarakkan dan menghidupkan lagi tawaran di Kampong Gelam bagi warga setempat mahupun luar negara.



Sepanjang dua tahun lalu, sekatan yang dikenakan demi mengekang penularan Covid-19 telah menjejas perniagaan di kawasan Kampong Gelam serta jumlah pengunjung yang datang.



Pengerusi OKG, Encik Muhammad Zaki Ma’arof berkata acara seperti bazar akan menambah nilai kawasan Kampong Gelam lebih-lebih lagi pada bulan istimewa seperti Ramadan.



“Ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab kami di mana kami berusaha gigih untuk mengembalikan nilai sejarah kawasan ini...menjadikan ia tempat yang ingin dikunjungi orang ramai berkali-kali,” katanya.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >