Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bazar Raya Geylang Serai akan penuhi selera setiap lapisan masyarakat

Faishal: Sediakan kawasan permainan, hiburan dan ruang makan
Mar 03, 2023 | 05:30 AM



BAZAR Raya Geylang Serai masih merupakan pilihan bazar utama semasa musim perayaan walaupun terdapat lagi bazar yang lain.



Selain daripada mempamerkan suasana perayaan tradisional, Bazar Raya Geylang Serai juga menawarkan peluang kepada orang ramai untuk bertemu dengan keluarga dan rakan-rakan mereka, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.



"Kami yakin orang ramai akan datang ke Bazar Geylang Serai kerana di sinilah mereka dapat merasakan suasana perayaan, bertemu dengan rakan dan keluarga, serta membeli juadah untuk berbuka puasa.



"Terdapat banyak daya tarikan untuk semua lapisan masyarakat di sini. Ini termasuk kawasan permainan untuk kanak-kanak, kawasan untuk hiburan dan juga ruang makan," tambah Dr Faishal, yang juga Penasihat Utama Wisma Geylang Serai (WGS).



Dalam jawapannya kepada Berita Harian (BH), penganjur bazar WGS berkongsi bahawa terdapat 700 gerai beroperasi pada bazar tahun ini.



Jumlah ini adalah 10 kali ganda lebih banyak berbanding bazar tahun lepas di mana hanya 70 gerai beroperasi disebabkan sekatan Covid-19.



Daripada 700 gerai tersebut, 150 daripadanya merupakan gerai makanan dan minuman, dan 90 peratus daripadanya telah berjaya disewakan.



WGS berkata ia masih lagi menerima pertanyaan daripada para penjual yang berminat untuk mendirikan gerai di bazar tahun ini.



Dr Faishal menjangkakan minat dan maklum balas untuk gerai runcit akan terus meningkat menjelang pembukaan bazar.



Beliau juga memberi jaminan bahawa harga makanan diletakkan pada harga berpatutan.



"Semua gerai makanan dan minuman akan memastikan mereka menawarkan snek cemilan serendah $4.



"Ini adalah untuk memastikan pilihan makanan dapat dinikmati oleh semua orang," kata beliau



Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, bazar tahun ini akan bermula pada 17 Mac, lima hari sebelum Ramadan bermula, sempena pelancaran lampu di sepanjang Geylang Serai.



Khemah bazar di sekitar WGS sudah didirikan dan lampu Hari Raya di Geylang Serai juga sudah dipasang bagi menyambut kedatangan Ramadan.



Bazar tahun ini akan berlangsung selama 36 hari sehingga 21 April. Ini merupakan tempoh paling lama bazar Raya pernah dianjurkan.



Ia akan beroperasi setiap hari dari 10 pagi hingga 11.59 malam, dan akan dilanjutkan sehingga 6 pagi pada Hari Raya Aidilfitri, yang jatuh pada 22 April 2023.



Bazar tahun ini juga akan dibahagikan kepada dua kawasan, kedua-duanya dengan gaya penampilan yang tersendiri.



Kawasan pertama yang dinamakan Souq City, terletak di sekitaran Wisma Geylang Serai, yang berteraskan pengaruh dari Timur Tengah.



Bazar di Souq City menjangkau keluasan anggaran dua padang bola sepak dan tarikan utamanya adalah sebuah khemah besar yang berfungsi selaku nadi bazar.



Ia akan tempatkan pentas persembahan dan tempat makan utama.



Kawasan kedua yang dinamakan Street Bazaar, terletak di hadapan Pasar Geylang Serai, Kompleks Joo Chiat, sepanjang Geylang Road dan di sebahagian tempat letak kereta di belakang Kompleks Tanjong Katong.



Street Bazaar lebih bercirikan kebudayaan dan tarikan utamanya adalah golongan muda.



Ia bertujuan menyokong penyepaduan serta mengekalkan warisan Geylang Serai.



Tarikan utama di Street Bazaar merupakan sebuah menara yang akan berfungsi sebagai tarikan utama hiasan yang terletak berdekatan bangunan Galaxy Towers.




"Kami yakin orang ramai akan datang ke Bazar Geylang Serai kerana di sinilah mereka dapat merasakan suasana perayaan, bertemu dengan rakan dan keluarga, serta membeli juadah untuk berbuka puasa.
Terdapat banyak daya tarikan untuk semua lapisan masyarakat di sini. Ini termasuk kawasan permainan untuk kanak-kanak, kawasan untuk hiburan dan juga ruang makan."
- Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), juga Penasihat Utama WGS, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.




BAZAR RAYA GEYLANG SERAI 2023



■ Mula pada 17 Mac



■ Berlangsung selama 36 hari sehingga 21 April



■ Akan dibuka setiap hari, 10 pagi hingga 11.59 malam



■ Terdapat 700 gerai, termasuk 150 gerai makanan dan minuman (F&B)



■ Semua gerai F&B akan tawar snek cemilan serendah $4



■ Dibahagikan kepada dua kawasan, Souq City dan Street Bazaar



■ Souq City berteraskan unsur pengaruh dari Timur Tengah - pentas persembahan dan tempat makan utama disediakan



■ Street Bazaar bercirikan kebudayaan, untuk menarik golongan muda - mempunyai sebuah menara sebagai tarikan utama



■ Ruang khas - 'Community Shelve' akan disediakan untuk orang ramai sumbang barangan keperluan sempena perayaan kepada yang memerlukan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >