Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bazar Raya Geylang Serai, Kg Glam kembali tahun ini

Orang ramai dinasihat patuhi langkah selamat apatah lagi semasa berbelanja di bazar Raya: Faishal
Mar 16, 2022 | 05:30 AM



BAZAR Hari Raya Geylang Serai dan Kampong Glam akan kembali memeriahkan suasana di dua kawasan bersejarah itu tahun ini, setelah dua tahun menyepi dek pandemik.



Ini diumumkan Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, semalam.



"Sudah dua tahun, kita terpaksa menyambut Ramadan dan Hari Raya kita di tengah-tengah pandemik dan masyarakat kita telah melakukan usaha yang hebat untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang berubah-ubah.



"Sambil kita membuat peralihan kembali seperti biasa (sebelum pandemik), sukacita saya berkongsi bahawa pada tahun ini, kita akan menganjurkan Pengalaman Membeli-belah Hari Raya Geylang Serai di Wisma Geylang Serai (WGS) serta Souk Ramadan di Kampong Glam," kata Dr Faishal.



Beliau, yang juga merupakan penasihat WGS, berkata demikian dalam satu catatan di Facebook semalam.



Selain bazar Ramadan, penyalaan lampu Hari Raya juga bakal diadakan di kedua-dua Wisma Geylang Serai (WGS) dan Kampong Glam, yang boleh dinikmati pengunjung sedang mereka berbelanja, kata Dr Faishal.



Meskipun begitu, beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi Langkah Pengurusan Selamat yang ditetapkan pada setiap masa agar dapat terus menjaga keselamatan dan kesejahteraan semua.



Maklumat lanjut akan diumumkan dalam minggu-minggu mendatang di wadah media sosial WGS dan Visit Kampong Gelam.



Berita Harian (BH) melaporkan sebelum ini bahawa orang ramai boleh menikmati kembali pengalaman berbelanja di bazar Ramadan tahun ini di tempat-tempat popular seperti Geylang Serai dan Kampong Glam, namun dalam skala yang jauh lebih kecil, dengan pengurusan jarak selamat yang ketat.



Di Geylang Serai, BH difahamkan bahawa Persatuan Rakyat (PA) telah mengeluarkan tender awal Mac lalu bagi penganjuran sebuah "pengalaman beli-belah Ramadan".



Permohonan bagi tender tersebut ditutup pada 14 Mac.



Menurut maklumat tender, acara selama sebulan itu dijadual berlangsung dari 2 April, sehari sebelum Ramadan, hingga 2 Mei iaitu malam Hari Raya.



Namun, tidak seperti tahun-tahun sebelum pandemik, berdasarkan tender tersebut, pengalaman beli-belah itu hanya menyediakan 20 gerai di luar kawasan WGS sementara 20 lagi dipasang di dalam kawasan bangunan.



Sebanyak lapan gerai di luar yang dibenarkan menjual makanan dimasak, sementara 12 gerai akan menjual makanan yang sudah dibungkus manakala gerai di dalam bangunan WGS akan menjual barangan gaya hidup seperti pakaian.



Jumlah pengunjung yang dibenarkan ialah 100 pada setiap satu masa di bahagian luar dan 100 pada setiap satu masa di dalam bangunan.



Dr Faishal berkata sebelum ini bahawa WGS telah berjaya menyesuaikan diri dan mengadakan pelbagai program dan kempen demi memenuhi keperluan masyarakat, termasuk bagi musim perayaan, meskipun masih dibelenggu pandemik Covid-19 tahun lalu.



Ini termasuk Bazaar Kita, sebuah bazar dalam talian yang diadakan semasa Ramadan yang disertai 124 vendor dan meraih lebih $600,000 dalam urus niaga penjualan secara keseluruhan.



Kempen #HariRayaSelamat yang merangkumi cabaran TikTok untuk memperkenalkan tarian joget dan zapin pula berjaya meraih 4.2 juta tontonan di dalam dan luar negara.



Tahun lalu, acara penyalaan lampu menyerikan kawasan Geylang Serai dan Kampong Glam meskipun tiada bazar dianjurkan.



Kawasan di Sims Avenue, Changi Road dan Geylang Road bermandi cahaya berwarna-warni, dengan bangunan mercu tanda seperti WGS, Joo Chiat Complex dan pasar Geylang Serai turut dihiasi lampu.



Suasana di Kampong Glam juga dimeriahkan dengan acara penyalaan lampu sempena bulan puasa, dengan tema Cahaya Ramadan.



Pengunjung kawasan itu juga telah menikmati pertunjukan lampu di muka bangunan Masjid Sultan yang menyorot sejarah serta budaya Kampong Glam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >