Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bazar Raya Kampong Glam lebih gah, dijangka tarik setengah juta pengunjung

Feb 16, 2023 | 05:30 AM



LEBIH setengah juta pengunjung dijangka mengunjungi bazar perayaan tahunan, Raikan Cahaya Ramadan, anjuran Persatuan One Kampong Gelam (OKG) pada 2023.



Acara 33 hari itu yang akan bermula dari 15 Mac hingga 16 April merangkumi pelbagai aktiviti bagi penduduk Singapura dan pelancong antarabangsa.



Acara terbesar di Kampong Glam itu akan menyediakan lebih 150 gerai makanan dan minuman (F&B) dan juga gerai runcit, meliputi tujuh zon - Kandahar Street, Muscat Street, Baghdad Street, Pahang Street dan tiga lagi tempat letak kereta di sekitar kawasan tersebut.



Bazar dinamakan Glam Eid itu meliputi penjualan makanan tradisional dan juga makanan yang akan dijual dari trak makan terletak di kawasan Pahang Street.



Buat julung-julung kalinya, pengunjung akan dapat menikmati zon menjual makanan barbeku. Dalam pada itu, bazar juga menyediakan ruang makan mezanin, di mana pengunjung dapat ke tingkat dua untuk menjamu selera dengan selesa.



"Kami akan menyediakan ruang lebih besar yang dapat menampung hampir 1,000 pengunjung supaya keluarga dapat berhimpun dan berbuka puasa bersama," kata pakar strategi perniagaan syarikat Enniche, Syed Abdillah Mustafa Aljunied. Syarikat itu telah ditugaskan merancang bazar tersebut.



Harga sewa setiap gerai bermula dari $110 untuk sehari hingga $15,800 sebulan, berdasarkan saiz ruang gerai tersebut, kata Syed Abdillah sambil menambah lebih 50 peratus gerai sudah pun ditempah.



Ini merupakan kempen Ramadan OKG yang ketiga.



Bercakap dengan pihak media pada Rabu, pengerusi OKG, Encik Muhammad Zaki Maarof, berkata sambutan pada 2023 sangat berbeza kerana Singapura berjaya keluar dari pandemik.



"Justeru pada 2023, kami ingin lakukan 10 kali lebih hebat, lebih besar dan meriah berbanding tahun sebelumnya. Mudah-mudahan, kami dapat melihat lebih kepelbagaian dalam semua bidang dari segi produk, makanan dan aktiviti yang akan diadakan," katanya.



Antara ciri menarik lain bazar tersebut ialah persembahan lampu dron pada hujung minggu dan cahaya lampu bergemerlapan yang akan dipasang di sekitar kawasan tersebut, selain pertunjukan pancaran cahaya di permukaan Masjid Sultan.



Sebagai sebahagian daripada inisiatif masyarakat untuk mengumpul dana bagi Masjid Sultan dan Dana Masyarakat, OKG juga akan mengendalikan iftar besar-besaran di Arab Street, mengundang keluarga dari GRC Jalan Besar dan pelbagai benefisiari daripada kumpulan amal berbeza untuk berbuka puasa bersama.



Ini akan diadakan pada 1 April, di mana laluan Arab Street akan ditutup bagi menampung sesi iftar tersebut.



"Kawasan Kampong Glam ini akan lebih gemerlapan. Ia akan lebih terang dan meriah dan saya jangkakan orang akan datang dan merasakan kemeriahannya," tambah Encik Zaki.



Ditubuhkan pada 2014, OKG merupakan persatuan tidak mencari untung bagi merancakkan kawasan Kampong Glam sebagai kawasan budaya. Badan itu juga mewakili pihak berkepentingan di kawasan itu, termasuk pemilik hartanah dan perniagaan.




RAIKAN CAHAYA RAMADAN



  • Bazar Glam Eid:

- 15 Mac-16 April 2023



- Lebih 150 gerai F&B dan runcit akan disediakan



- Hampir 1,000 tempat duduk disediakan



  • Pertunjukan Lampu:

- Pertunjukan lampu dron akan berlangsung dari Jumaat hingga Ahad di 45 Sultan Gate pada 8 malam dan 10 malam



- Pancaran lampu di Masjid Sultan akan berlangsung pada Jumaat hingga Ahad pada 8.30 malam dan 10.30 malam



  • Sesi iftar besar-besaran pada 1 April:

- Laluan Arab Street ditutup dari 12 tengah hari dan akan dibuka semula pada 11:59 malam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >