Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KENANGAN RAMADAN

Bazar Raya Kg Glam terima lebih 550,000 pengunjung sepanjang Ramadan

Dianjurkan dari 15 Mac hingga 16 April 2023, bazar Glam Eid yang diadakan sempena kempen 'Raikan Cahaya Ramadan' adalah antara acara utama yang diadakan untuk menarik pengunjung ke daerah Kampong Glam yang bersejarah. Pelbagai pihak berkepentingan, termasuk peniaga, berusaha gigih untuk menjayakan acara tersebut, mengalu-alukan bukan sahaja masyarakat Melayu, bahkan warga Singapura daripada semua lapisan masyarakat dan juga pelancong.
Apr 26, 2023 | 05:30 AM



LEBIH daripada 550,000 pengunjung telah ke bazar Raya Kampong Glam sepanjang Ramadan yang baru lalu.



Memberikan perangkaan terkini bilangan pengunjung ke sana, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, berkata bazar tersebut merupakan contoh bagaimana pihak berkepentingan yang berbeza bekerjasama untuk meraikan warisan yang kaya, budaya dan masyarakatnya, dalam menjemput kembali warga Singapura dan pelancong daripada semua lapisan kehidupan selepas pandemik.



Dr Faishal berkata demikian dalam catatan Facebooknya pada Isnin.



Dalam catatannya itu, Dr Faishal berkata beliau menjadi penasihat Kampong Glam Alliance pada lewat 2021 bagi menyokong kumpulan itu serta usaha anggotanya (seperti One Kampong Gelam (OKG) dan Masjid Sultan) dalam mengukuhkan Kampong Glam sebagai sebuah kawasan warisan yang menawan.



"Satu perkara utama yang mereka telah lakukan ialah Rancangan Tempat Kampong Glam yang akan membimbing usaha pihak berkepentingan untuk memampan kawasan ini sebagai sebuah tempat masyarakat, budaya, warisan dan keusahawanan yang lebih baik.



"Idea-idea dalam draf Rancangan Tempat ini akan membimbing bagaimana kumpulan pihak berkepentingan yang berbilang bekerjasama untuk menghasilkan program-program bermakna yang menyambut warisan kaya, budaya serta masyarakat, untuk menjemput kembali warga Singapura dan pelancong daripada semua lapisan kehidupan selepas pandemik," tambahnya.



Beliau kemudian memetik bazar 'Raikan Cahaya Ramadan' sebagai satu contoh yang berjaya.



Berdasarkan bazar-bazar kecil yang sudah lama dikenali - yang dimulakan bekas penduduk kawasan tersebut yang sebelum ini diuruskan Masjid Sultan - bazar tahun ini oleh OKG adalah yang terbesar sejak beberapa dekad.



Dengan sokongan masyarakat, lebih 550,000 pengunjung telah ke Kampong Glam, seganda lebih banyak berbanding 2022.



Ia mengembalikan dan mengukuhkan tenaga yang baik yang menjadikan kawasan ini amat istimewa, katanya lagi.



"Saya amat gembira melihat ramai keluarga, kumpulan sahabat daripada semua lapisan usia, bekas penduduk dan pengunjung baru, menikmati tawaran dan masa berkualiti yang diluangkan bersama dengan menikmati suasana istimewa ini, mencipta kenangan baru di persekitaran warisan yang indah," tambahnya.




"Saya amat gembira melihat ramai keluarga, kumpulan sahabat daripada semua lapisan usia, bekas penduduk dan pengunjung baru, menikmati tawaran dan masa berkualiti yang diluangkan bersama dengan menikmati suasana istimewa ini, mencipta kenangan baru di persekitaran warisan yang indah."
- Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, dalam catatannya di Facebook.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >