Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bazar tawar pelbagai pilihan buku kanak-kanak

Dec 03, 2021 | 05:30 AM



MAHU mendapatkan buku cerita berbahasa Melayu kanak-kanak tetapi sukar mencarinya?



Mungkin Bazar Buku Kanak-Kanak #BuySingLit 2021 tidak akan mengecewakan.



Dianjurkan Persatuan Penerbit Buku Singapura (SBPA), bazar yang diadakan di Besmen 1, Perpustakaan Awam Central di 100 Victoria Street itu menawarkan pelbagai pilihan buku kanak-kanak, termasuk buku bahasa Melayu.



Bazar tersebut akan berlangsung dari 11 pagi hingga 6 petang setiap hari daripada 29 November hingga 5 Disember 2021.



Kemasukan adalah percuma, namun, pengunjung harus mendaftar di eventbrite.sg dahulu dan kehadiran terhad kepada 50 orang pada setiap jam.



Mereka yang berminat membeli buku-buku yang dipamerkan boleh melakukannya secara dalam talian di platform Lazada.



Sementara itu, acara terbaru sebahagian bazar buku termasuk termasuk sebuah ruang maya, Storyland, yang membolehkan ibu bapa bersama-sama anak-anak mereka meneroka 10 kedai buku dalam ruang 3-Dimensi.



Selain itu, pemenang pertandingan bercerita juga akan diumumkan sempena acara penutup pada 5 Disember.



Awal sebelum ini, satu pertandingan bercerita dalam bahasa Mandarin, Inggeris, Melayu, Tamil dan dwibahasa untuk kanak-kanak sekolah rendah dalam kategori umur tujuh hingga sembilan tahun dan kategori umur 10 hingga 12 tahun dibuka pada 19 Oktober 2021.



Peserta digalakkan bercerita menggunakan buku tempatan dalam masa tidak melebihi lima minit dan merakam video.



Mereka kemudian harus mengirimkan video tersebut kepada SBPA.



Sebanyak 90 penyertaan video diterima pada hari penutup dan 10 finalis telah diumumkan bagi setiap kategori pada acara pelancaran bazar melalui Facebook.



Tiga pemenang bagi setiap kategori akan diumumkan pada Ahad, 5 Disember pada jam 4 petang.



Menurut kenyataan yang dikeluarkan SBPA, bazar buku kanak-kanak itu bertujuan menggalakkan cinta pada membaca dalam kalangan kanak-kanak, dengan harapan ia akan menyumbang kepada pembangunan budaya membaca yang rancak di Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >