Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BCA ramal permintaan binaan S’pura pada 2023 cecah $27-32b, dengan sektor awam dahului projek

Jan 13, 2023 | 06:25 PM



Nilai kontrak pembinaan yang akan diberikan pada 2023 diunjurkan antara S$27 bilion dengan S$32 bilion tahun ini, kata Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA).


Julat ramalan itu  adalah sama seperti tahun lalu, dengan 60 peratus permintaan pembinaan dijangka datang daripada sektor awam, yang dianggarkan  BCA akan menyumbang antara S$16 bilion dengan S$19 bilion.


Ini akan disokong oleh sebilangan  projek perumahan awam yang kukuh apabila Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) meningkatkan bekalan flat Bina Ikut Tempahan (BTO),  kata BCA.


Pembinaan bangunan perindustrian dan institusi juga akan meningkatkan permintaan sektor awam dengan lebih banyak loji rawatan air, bangunan pendidikan dan projek kelab masyarakat.


Sementara itu, sektor swasta pula  dijangka menyumbang antara S$11 bilion dengan S$13 bilion, sejajar dengan angka 2022.


Permintaan pembinaan bangunan kediaman dan perindustrian diunjurkan sama seperti tahun lepas, disokong oleh kondominium baru dan projek bangunan industri berspesifikasi tinggi.


BCA menjangkakan permintaan bangunan komersial akan meningkat kerana beberapa projek utama dari 2022 telah dijadualkan semula kepada 2023. 


Premis komersial lama juga akan dibangun semula untuk meningkatkan nilai aset.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >