Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Beberapa pegawai SCDF jalani latihan urus bencana di Asean

Oct 17, 2021 | 07:12 PM



Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim berkata beberapa pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) telah menjalani latihan dalam bidang membina keupayaan dan pembangunan kepimpinan.



Ini adalah antara usaha dan inisiatif dalam bidang pengurusan bencana di Asean yang dijalankan oleh SCDF. 



Menurut Dr Faishal, beberapa pegawai SCDF menyertai satu program eksekutif dijalankan oleh Pusat AHA, agensi penyelarasan utama bagi pengurusan bencana di rantau ini.



Program Eksekutif AHA (ACE) yang ketujuh dijalankan, membawa peserta menjalani program dinamik dengan matlamat mempersiapkan pemimpin masa depan dalam bidang itu. Ia juga mendedahkan peserta kepada perspektif global menerusi ceramah oleh penceramah dari pelbagai pertumbuhan seperti Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, kata Dr Faishal dalam satu pos Facebook. 



Antara peserta sekarang ialah Kapten Muhammad Sheedy Sies, seorang komander kursus di Akademi Pertahanan Awam. 



“Saya mengucapkan yang terbaik dalam usaha beliau untuk menjadi pemimpin dalam pengurusan bencana di rantau ini,” ujar Dr Faishal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >