Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Beberapa topik tidak diuji dalam peperiksaan kebangsaan dan akhir tahun untuk kurangkan tekanan: Chun Sing

Jul 27, 2021 | 06:20 PM



PELAJAR yang bakal menduduki peperiksaan GCE peringkat 'O', 'N' dan 'A' tahun ini tidak akan diuji tentang beberapa topik yang diajar menjelang akhir sukatan pelajaran mereka, kata Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, pada Selasa (27 Julai).


Skop peperiksaan akhir tahun bagi semua pelajar lain juga akan diringankan bagi mengurangkan sedikit tekanan.


Encik Chan berkata kementeriannya amat prihatin tentang kumpulan pelajar tahun akhir disebabkan oleh gangguan persekolahan yang lebih besar daripada yang dijangkakan disebabkan oleh varian Delta koronavirus itu.


Varian yang lebih menular itu telah menyebabkan peningkatan dalam bilangan kes Covid-19 dalam beberapa bulan kebelakangan.


"Walaupun topik-topik ini mungkin telah diajar di sekolah, mengeluarkannya daripada peperiksaan kebangsaan akan membantu meringankan beban ulang kaji dan tekanan peperiksaan bagi pelajar kita," katanya dalam kenyataan menteri di Parlimen mengenai kematian seorang pelajar di Sekolah Tinggi River Valley minggu lalu.


Kementerian Pendidikan (MOE) bulan lalu telah mengumumkan beberapa topik akhir akan dikeluarkan daripada Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) tahun ini. Tahun lalu, topik -topik akhir juga dikeluarkan daripada peperiksaan kebangsaan disebabkan pandemik itu.


MOE juga berhasrat untuk meningkatkan bilangan guru  kaunselor yang ditempatkan di sekolah dari lebih 700 ke lebih 1,000 dalam beberapa tahun akan datang.


Guru kaunselor adalah guru yang telah diberi latihan kaunseling.


Encik Chan menambah sedang semua sekolah sekarang mempunyai sekurang-kurangnya satu kaunselor, MOE merancang untuk merekrut lebih ramai atau "memberi peranan baru" kepada pendidik yang sesuai untuk menjadi kaunselor.


Semua guru juga akan menerima lebih banyak latihan tentang kecelikan kesihatan mental untuk membantu mereka mengenal pasti dan menyokong pelajar yang memerlukan, katanya.


Berkuatkuasa serta merta, akan ada masa yang diperuntukkan pada permulaan setiap penggal sekolah untuk memeriksa kesejahteraan pelajar.

 





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >