Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekalan darah jenis AB-, AB+ dan A+ di paras kritikal

Jun 01, 2020 | 03:35 PM



BEKALAN darah nasional telah menurun sebanyak satu pertiga semasa wabak Covid-19 di Singapura, walaupun bank darah telah pulih setelah menghadapi kekurangan bekalan darah secara tiba-tiba pada minggu tempoh pemutus rantaian jangkitan dilaksanakan. 



Pada masa itu, hanya seperempat daripada pengumpulan darah yang biasa dibuat dapat dilaksanakan, jumlah yang jauh di bawah keperluan harian negara. 



Sumbangan kembali meningkat setelah rayuan dibuat di media sosial dan tradisional.



Sehingga Jumaat lalu, bekalan darah untuk jenis AB-, AB+ dan A+ berada di tahap kritikal dan A-dan O- pula berada pada tahap rendah.



Pertubuhan Palang Merah Singapura menyatakan penurunan penderma darah dalam tempoh pemutus litar lebih besar daripada yang biasanya terjadi pada musim perayaan, hujung minggu yang panjang dan cuti sekolah, apabila sumbangan merosot 20 peratus.



"Kami menyedari ramai penderma elak keluar rumah tanpa perlu. Sebilangan penderma mungkin tidak menyedari bahawa pendermaan darah tetap menjadi perkhidmatan penting dan  bank darah kami masih terbuka," kata seorang jurucakap Palang Merah Singapura (SRC).



"Kami juga tidak dapat melakukan usaha mengumpul darah di lapangan dengan kerap seperti sebelumnya," tambah jurucakap itu.



Pada masa ini, hanya empat sesi di lapangan diadakan setiap minggu berbanding dengan sekurang-kurangnya 10 acara sedemikian setiap minggu pada masa lalu.



Setiap tahun, hampir 30,000 pesakit di Singapura memerlukan bekalan darah yang berterusan untuk terus hidup. 



Negara ini memerlukan sekitar 400 beg darah setiap hari untuk memenuhi keperluan darah pesakit.



Sejauh ini, SRC menyatakan ia belum pernah menafikan keperluan pesakit yang memerlukan transfusi darah. - The Straits Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >