Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekalan pertama ayam beku Indonesia dijangka tiba di SG lusa

Jul 14, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA dijangka menerima bekalan ayam beku dari Indonesia lusa selepas kiriman bekalan dari negara jiran itu telah bertolak semalam.



Sebanyak 50,000 kilogram ayam beku yang bernilai 2 bilion rupiah ($187,749) dari syarikat ayam itik bersepadu, Charoen Pokphand Indonesia (CPI) dijadualkan bertolak dari pelabuhan Tanjung Priok di Jakarta Utara pada lewat semalam.



Bekalan itu dijangka tiba lusa dan akan diuruskan oleh rakan dagangan CPI, Crown Pacific Beverage.



Ini adalah kali pertama Indonesia membekalkan ayam kepada Singapura.



Sejauh ini, ia mengeksport sekitar 50,000 telur masin sebulan ke negara ini.



Kiriman bekalan itu dibuat selepas Agensi Makanan Singapura (SFA) meluluskan Indonesia sebagai sumber baru bagi ayam diproses, beku dan sejuk, sekali gus membolehkan Singapura mempelbagaikan sumber ayamnya selepas pembekal utama ayam, Malaysia melarang eksport awal bulan ini.



Ayam dibekalkan oleh tiga syarikat dikendalikan oleh CPI dan Ciomas Adisatwa, anak syarikat yang tersenarai, Japfa Comfeed Indonesia, boleh diimport.



Indonesia dijangka eksport 1,000 tan ayam beku ke SG sepanjang tahun



Secara keseluruhan, CPI dijangka mengirim 1,000 tan ayam beku secara bertahap-tahap sepanjang tahun ini ke Singapura sejajar dengan kontraknya, menurut pesuruhjaya presiden CPI, Encik Hadi Gunawan Tjoe, dalam satu majlis semalam.



"Kami mempunyai harapan tinggi yang eksport ini akan berjalan baik dan dapat bertahan dan dengan pertambahan (bekalan) lagi," ujar beliau.



Kontrak 1,000 tan itu adalah bernilai 40 bilion rupiah, menurut Menteri Pertanian, Encik Syahrul Yasin Limpo, yang juga menghadiri majlis itu.



Encik Syahrul menyifatkan eksport ayam beku Indonesia ke Singapura sebagai sesuatu yang 'istimewa', menandakan kesediaan penternak tempatan untuk memenuhi permintaan luar negara.



Tambah beliau, eksport itu adalah menggalakkan memandangkan Singapura sejauh ini sudah membeli ayam dari beberapa negara lain juga.



Kata Encik Syahrul, eksport terkini adalah sejajar dengan keupayaan Indonesia untuk memastikan bekalan nasional.



Beberapa peniaga ayam setempat dihubungi menyambut baik berita bekalan terkini tetapi pada masa tetap berwaspada, sebagaimana yang dikongsi oleh Encik Ilmi Izhar, pemilik gerai ayam, Mutiara 99 di Geylang Serai.



"Selagi bekalan ayamnya halal, kami tidak akan menolak kerana memerlukan apa sahaja pilihan ayam yang ada. Ini walaupun tidak sama dengan ayam segar dari Malaysia yang tetap disukai pelanggan.



"Namun, kami akan tengok dahulu mutu ayam yang tiba serta harga yang boleh kami jual sebelum kami tentukan untuk mengambil atau tidak," jelas Encik Ilmi, yang mungkin menempah satu atau dua karton ayam dari Indonesia sebagai permulaan.



Beliau berharap bekalan terkini dapat dijual pada harga lebih rendah daripada sekarang, kerana masih ramai keluarga sedang menyesuaikan perbelanjaan dengan harga ayam lebih mahal.



"Dahulu, ramai ke Geylang Serai beli ayam sebab harganya lebih rendah sedikit. Jadi kami sebagai peniaga bukan sekadar menjual ayam, tetapi memberi peluang agar semua keluarga mampu membeli ayam," ujarnya.



Sementara itu, Encik Jasmani Basri, yang berniaga ayam di gerainya, Umairah Halal Food, di Blok 347 Jurong East Avenue 1, akan mengambil pendekatan tunggu dan lihat.



"Buat sementara waktu ini, kami tidak akan terus mengambil bekalan Indonesia dan akan melihat keadaan dulu serta sentimen pelanggan.



"Kami juga dengar ayam beku ini sudah dipotong empat dan bukan seekor, jadi kami mahu melihat dulu bekalan yang datang.



"Kami masih berharap dan menunggu bekalan ayam segar Malaysia disambung semula sebab pelanggan tetap sukakan jenis ayam ini," terangnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >