Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas banduan perlu sokongan berbeza sepanjang pemulihan: Shanmugam

May 11, 2023 | 05:30 AM



BEKAS banduan akan memerlukan lebih banyak sokongan lanjut untuk menghentikan kitaran kesalahan jenayah, atau residivisme.



Untuk melakukan demikian, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-undang, Encik K. Shanmugam, berkata perkongsian dengan masyarakat dan keluarga memainkan peranan penting.



Menurut beliau, sokongan berbeza sepanjang pemulihan seperti pencegahan daripada terlibat dengan melakukan kesalahan, ketika di dalam penjara dan selepas keluar dari penjara diperlukan untuk membantu mereka.



Demikian dinyatakan oleh Encik Shanmugam semasa majlis Kemajuan Korporat Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) dan Reben Kuning Singapura (YRSG) pada Rabu.



Beri tumpuan pada kadar residivisme lima tahun



Walaupun kadar residivisme kekal rendah dan stabil pada 20.4 peratus, dan merupakan salah satu kadar terendah di dunia, Encik Shanmugam kini memberi tumpuan kepada kadar residivisme lima tahun.



"Ini adalah lebih mencabar. Kadar ini adalah sekitar 40 peratus sejak 2013.



"Untuk menghentikan kitaran kesalahan semula, bekas banduan kami memerlukan sokongan untuk tempoh masa yang lebih lama. Dan untuk melakukan demikian, kerjasama bersama masyarakat dan keluarga adalah penting dalam masa akan datang," jelasnya.



Turut hadir di majlis itu semalam ialah Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim; Pesuruhjaya Penjara, Cik Shie Yong Lee; Pengerusi YRSG, Encik Phillip Tan; dan Ketua Pegawai Eksekutif YRSG, Encik Matthew Wee.



Antara usaha pencegahan yang dikongsi termasuk pembangunan Jawatankuasa Antara Kementerian (IMC) baru yang diterajui oleh Encik Shanmugam mengenai pencegahan dadah untuk belia akan ditubuhkan bagi memerangi peningkatan kegiatan dadah di Singapura, terutama dalam kalangan belia.



Selain itu, SPS turut secara aktif cuba memecahkan kitaran kesalahan antara generasi.



Ini dilakukan dengan kerjasama dengan kumpulan bantu diri, pusat khidmat keluarga, badan agama, dan Rangkaian Tindakan Masyarakat bagi Pemulihan Bekas Pesalah (CARE), untuk menawarkan program dan khidmat kepada anak-anak mereka yang berada dalam penjara.



Program-progam ini bertujuan untuk mengurangkan kemungkinan kanak-kanak ini juga terlibat dalam kancah jenayah.



Di bawah fasa di mana banduan berada dalam penjara, Encik Shanmugam berkata YRSG akan terus mengembangkan inisiatif Latihkan, Tempatkan dan Kembangkan atau 'Tap & Grow' untuk melibatkan sektor perkhidmatan makanan.



"Ini membolehkan banduan memulakan latihan F&B mereka di penjara. Selepas dibebaskan, mereka ditempatkan dalam pekerjaan dan terus menerima latihan di tempat kerja," kata Encik Shanmugam.



Mereka mempunyai matlamat untuk menyokong 700 banduan melalui inisiatif ini. Dua lagi inisiatif lain termasuk menyokong bekas banduan dalam melanjutkan kerjaya mereka dengan meningkatkan kemahiran.



Di bawah inisiatif 'Grow Movement' pula, sehingga $220,000 sudah diikrar untuk menyokong golongan ini mendapatkan kelayakan sehingga peringkat diploma.



Inisiatif YR Sandbox pula menawarkan peluang kerjaya dalam sektor yang berkembang seperti ekonomi digital, ekonomi hijau dan persekitaran terbina.



Selepas dibebaskan dari penjara, satu inisiatif baru, Skim Sukarelawan Pegawai Kes (VCO) untuk bekas banduan dilancarkan untuk membantu mereka yang dimasukkan dalam program berasaskan masyarakat mempunyai semangat dalam kehidupan.



Menurutnya, VCO menjangkakan mempunyai seramai 200 sukarelawan untuk menyokong golongan ini.



"Di bawah skim ini, sukarelawan yang mempunyai pengetahuan dan latar belakang perkhidmatan sosial, contohnya, pegawai yang telah bersara, atau pelajar yang melakukan pengajian possiswazah dalam kerja sosial, psikologi, atau kaunseling mengambil peranan sebagai pegawai kes," jelas Encik Shanmugam.



Semasa majlis itu, Encik Shanmugam turut melancarkan buku baru bertajuk "Correctional Rehabilitation and Psychological Interventions in Singapore."



Buku tersebut menunjukkan bagaimana landskap pemulihan Singapura telah berkembang selama bertahun-tahun dan bagaimana Singapura terus mengemas kini, melaksanakan dan menilai usahanya sendiri.



Mengulas tentang buku itu, Cik Shie berkata: "SPS telah mengembangkan kebolehan penyelidikan kami dalam bidang pemulihan selama 20 tahun yang lalu.



"Mempelajari daripada model pemulihan negara lain, kami telah menyesuaikannya untuk konteks Singapura," katanya sambil menambah SPS akan terus melabur dalam penyelidikan dan latihan kakitangan serta sukarelawan bagi meningkatkan keupayaan mereka, selain mengurangkan kadar melakukan salah dalam masa akan datang.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >