Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Bekas CFO tipu institut kewangan $631j dihukum penjara 20 tahun

Jan 18, 2023 | 05:30 AM



SEORANG bekas ketua pegawai kewangan (CFO) syarikat komoditi yang telah menipu 16 institut kewangan di serata dunia dan menyebabkan kerugian berjumlah lebih AS$469 juta ($631 juta menurut dokumen mahkamah) telah dihukum jel 20 tahun semalam.



Dalam perbicaraan sebelum ini, pihak pendakwa berkata jumlah itu "luar biasa dan teramat besar" - hampir setinggi $633.3 juta yang kehilangan warga Singapura terhadap semua jenis penipuan pada 2021, lapor The Straits Times.



Tertuduh, Lulu Lim Beng Kim, yang pada ketika itu bertugas dalam syarikat Agritrade International, telah menipu institusi kewangan itu untuk menawarkan syarikatnya perdagangan kewangan bernilai beberapa juta dolar.



Kerugian itu ditanggung antara Januari 2017 dengan November 2019.



Ia termasuk beberapa bank besar di Jepun, Korea Selatan, India dan Taiwan.



Sebelum menjatuhkan hukuman semalam, Hakim Daerah, Encik Kow Keng Siong, memaklumkan bahawa menurut peguam yang mewakili tertuduh, Encik Noor Mohamed Marican dan Encik Mohd Munir Marican, Lim bukan dalang di balik kesalahan tersebut dan tidak melakukannya demi meraih untung peribadi.



Pada Disember 2022, Lim, 63 tahun, mengakui bersalah atas 12 tuduhan, termasuk menipu dan pemalsuan akaun.



25 lagi tuduhan turut ditimbangkan sewaktu penghukuman.



Ketika menyandang jawatan sebagai CFO Agritrade, Lim mengarahkan pekerjanya menghantar kenyataan kewangan institusi tersebut yang belum diaudit dan palsu.



Dokumen itu wajib dihantar kepada institusi kewangan tersebut untuk menilai betapa besar jumlah kredit pinjaman bakal diberi kepada Agritrade.



Institut kewangan tersebut akan kemudian membiayai jumlah-jumlah yang tercatat kepada pembekal Agritrade bagi perbelanjaan dan penjualan barangnya dan urusan lain.



Agritrade atau pelanggan barang yang dibekalnya kemudian perlu membayar balik pinjaman oleh institut kewangan itu pada tarikh lanjut.



16 institut kewangan itu telah memberikan lebih AS$586 juta ($775.87 juta) secara keseluruhan kepada pembekal berkenaan, Agritrade International dan anak syarikatnya.



Polis berkata dalam satu kenyataan semalam bahawa Agritrade kemudian tidak membayar pinjaman itu, dan institut kewangan berkenaan telah mengalami kerugian berjumlah AS$469.1 juta ($631 juta).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >