Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas ejen sukan dijel 18 bulan kerana tipu mangsa lebih $83,000

Oct 21, 2021 | 05:30 AM



SEORANG bekas ejen sukan telah dijatuhi hukuman penjara 18 bulan semalam kerana menipu rakan-rakannya supaya membayarnya bagi tiket pertandingan bola sepak dan konsert U2 di sini.



Mohamed Hafidz Ja'afar, 38 tahun, juga telah menipu seorang bekas klien, pemain bola sepak Illyas Lee, bagi jumlah lebih $17,500 dengan memperdayanya supaya membeli 52 pasang kasut, tetapi dia hanya memberi tiga pasang.



Tampil di sebuah mahkamah daerah, Mohamed Hafidz, yang merupakan bekas jurucakap dan pengurus sekolah renang Joseph Schooling, mengaku bersalah atas lapan tuduhan menipu.



Sebanyak sembilan tuduhan serupa dipertimbangkan semasa menjatuhkan hukuman, lapor The Straits Times.



Dia dibebaskan daripada empat tuduhan menipu sebelum ini.



Untuk 17 tuduhan yang diakui Mohamed Hafidz, seramai 17 mangsa telah ditipu lebih $83,000.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Selene Yap berkata dia telah mengembalikan wang sebanyak $22,030.



Mahkamah mendengar bahawa Mohamed Hafidz, yang menganggur pada waktu itu, telah menipu rakan-rakannya supaya membayar tiket untuk menonton konsert U2 serta Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC) - sebuah pameran kejohanan bola sepak - di Singapura pada 2019.



Dia sama ada gagal untuk menghantar tiket itu atau menghantar mereka tiket palsu.



Edisi 2019 ICC di sini telah menampilkan pasukan Eropah seperti Manchester United, Tottenham Hotspur, Juventus dan Inter Milan.



Mahkamah dimaklumkan bahawa dari Mac hingga Jun 2019, dia menipu mangsa supaya mempercayai bahawa dia dapat membeli tiket untuk pertandingan antara Manchester United dan Inter Milan yang diadakan pada Julai 2019, serta konsert U2 pada 30 November dan 1 Disember 2019.



Dia juga memperdayakan orang lain supaya mempercayai bahawa dia dapat membeli kasut sukan dan pakaian tetapi gagal menghantarnya.



Antara Mac dan April 2019, Mohamed Hafidz menghubungi rakan-rakannya dan memberitahu mereka bahawa dia dapat membeli tiket pertandingan ICC dengan potongan harga 20 peratus.



Setelah mereka memindahkan wang kepadanya, dia membuat alasan tidak dapat memberikan tiket dan kemudian tidak dapat dihubungi.



Beberapa mangsa membuat laporan polis pada Julai 2019.



DPP Yap menggesa mahkamah supaya menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan, dengan menyatakan bahawa dia telah pecah amanah.



Dalam rayuan mitigasinya, Mohamed Hafidz berkata dia telah menghantar beberapa tiket dan sebelum ini telah menghantar kasut kepada bekas kliennya.



"Saya membuat janji yang tidak dapat ditepati, dan ini salah. Saya minta maaf untuk itu... Selebihnya, selepas hukuman ini, saya akan membuat pembayaran kepada mereka," tambahnya.



Mohamed Hafidz telah sebelum ini membantu keluarga Schooling dengan pertanyaan media berikutan kemenangan perenang itu di Sukan Rio 2016.



Dia bekerja sambilan di sekolah renang Schooling, yang dikenali sebagai Swim Schooling, tetapi pekerjaannya diberhentikan setelah laporan penipuan tiket ICCnya muncul pada Julai 2019.




"Saya membuat janji yang tidak dapat ditepati, dan ini salah. Saya minta maaf untuk itu... Selebihnya, selepas hukuman ini, saya akan membuat pembayaran kepada mereka."
- Mohamed Hafidz Ja'afar dalam rayuan mitigasinya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >