Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Bekas eksekutif Sats, 4 lelaki hadapi tuduhan rasuah, tipu dan halang keadilan

Dec 08, 2022 | 05:30 AM



LIMA lelaki warga Singapura berusia antara 31 dan 55 tahun didakwa di mahkamah semalam melakukan rasuah, penipuan dan kesalahan menghalang keadilan.



Salah sesorang daripada mereka, Leong Poh Keong, 37 tahun, bekerja sebagai eksekutif latihan, mutu dan projek di Sats ketika kesalahan itu dikatakan dilakukan.



Terdakwa kedua ialah Lim Ban Hock, 55 tahun, pengarah TK Engineering Pte Ltd (TKE) dan Env-Pro Tech Engineering Pte Ltd (Env-Pro).



Lelaki ketiga Quek Chun Hua, 31 tahun, pengurus operasi Tom's Tyre Pte Ltd (TT). Yang keempat Ong Jing Shun, 34 tahun, eksekutif di Handy Transport and Trading (HTT).



Seorang lagi, Virgil Joy Angelus, 55 tahun, pengarah Elizabeth-Zion Aviation and Ports Pte Ltd (EZ Aviation) dan Elizabeth-Zion Technology Pte Ltd (EZ Tech).



Antara 2019 dan 2021, Leong dikatakan mendapat rasuah berjumlah kira-kira S$18,000 daripada empat lelaki tersebut.



Rasuah itu didakwa sebagai dorongan untuk Leong memajukan kepentingan perniagaan TKE, TT, HTT, EZ Aviation dan EZ Tech bersama SATS.



Dia juga didakwa bersubahat dengan Lim untuk menipu Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) antara Mei 2020 dan Ogos 2020.



Mereka meyakinkan HDB kononnya Leong bekerja dengan Sats dan Env-Pro. Mereka berkata Leong bergaji $6,925 sebulan, dan menipu HDB agar memberi pinjaman perumahan $318,300 kepada Leong.



Pada Februari 2021, Leong dikataka menghasut Lim, Quek, Ong dan Virgil agar memadamkan bukti berkaitan urusan mereka. Bukti tersebut berkaitan satu siasatan yang sedang berjalan terhadap Leong.



Lima individu itu menghadapi 21 tuduhan di bawah Seksyen 6 Akta Pencegahan Rasuah, Kanun Prosedur Jenayah, dan Kanun Keseksaan.



Mereka yang disabitkan dengan kesalahan rasuah di bawah seksyen itu boleh dikenakan hukuman denda hingga $100,000 atau penjara hingga lima tahun atau kedua-dua hukuman.



Sesiapa yang disabitkan dengan kesalahan menipu boleh didenda dan dihukum penjara hingga 10 tahun.



Sats memberitahu akhbar The Straits Times Leong tidak lagi bekerja untuk firma itu, sambil menambah bahawa ia tidak dapat mengulas lanjut kerana perkara tersebut sedang ditangani di mahkamah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >