Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas guru agama didakwa pecah amanah

Apr 08, 2022 | 05:30 AM



BEKAS guru agama, Rasman Saridin, didakwa di mahkamah kelmarin atas tujuh kesalahan pecah amanah, satu kesalahan pemalsuan untuk menipu dan satu kesalahan menguruskan syarikat ketika belum diisytihar bebas muflis.



Dia juga didakwa melakukan dua kesalahan mengembara keluar dari Singapura tanpa kebenaran pegawai muflis.



Menurut satu kenyataan polis kelmarin, antara 2014 dengan 2017, Rasman dikatakan menyalahgunakan $27,900 milik lima pelajar yang mendapatkan bantuannya untuk membantu mereka mendaftarkan diri bagi kursus PhD dalam pengajian Islam di universiti asing.



Polis menambah, Rasman juga menyalahgunakan lebih $32,000 daripada individu yang membayarnya bagi urusan pakej umrah.



Dia juga dikatakan memalsukan tempahan tiket penerbangan antara Singapura dengan Jeddah.



Rasman juga didakwa mengembara ke luar negara beberapa kali antara Jun 2018 dengan November 2019 tanpa kebenaran pegawai muflis, memandangkan dia merupakan individu yang belum diisytihar bebas muflis.



Dia turut didakwa mengurus syarikat dalam keadaan belum bebas muflis.



Rasman merupakan bekas penagih yang gigih membantu bekas penagih pulang ke pangkal jalan setelah menjadi guru agama, menerusi Persatuan Hira yang diasasnya.



Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) telah menarik balik Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS) Rasman pada 2018.



Kesalahan pecah amanah di bawah Seksyen 406 Kanun Keseksaan membawa pada hukuman penjara hingga tujuh tahun, denda atau kededuanya sekali.



Bagi kesalahan melakukan pemalsuan dengan tujuan menipu di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan pula membawa pada hukuman penjara hingga 10 tahun dan denda.



Kesalahan melanggar sekatan status muflis di bawah Seksyen 148(1) Akta Syarikat dan Seksyen 131(1)(b) Akta Kemuflisan, setiap kesalahan membawa hukuman denda hingga $10,000, tempoh penjara hingga dua tahun atau kededuanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >