Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas juruterbang SIA bersalah kongsi gambar mayat amah di Whatsapp

Aug 26, 2019 | 09:32 PM



SEORANG bekas juruterbang Singapore Airlines (SIA) yang mengongsi  gambar pembantu rumah yang mati menerusi WhatsApp selepas menerimanya dari temanitanya didapati bersalah atas dua kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).


Fazli Hisham Mohd Fairuz Shah, 29 tahun, didapati bersalah pada Isnin (26 Ogos) berikutan perbicaraan.


Temanitanya, Nurizzah Afiqah Hussain, yang bekerja untuk pengendali ambulans swasta, Unistrong Technology ketika itu, didenda $3,000 pada Ogos tahun lalu selepas mengaku bersalah atas dua kesalahan berkaitan OSA.


Nurizzah, 27 tahun, sedang menghadiri satu kes di sebuah kondominium di timur Singapura pada 1 Februari 2017, apabila pemandu ambulans Shaik Haziq Fahmi Shaik Nasair Johar mengambil gambar mangsa dan mengongsinya dalam kumpulan WhatsApp STN21.


Nurizzah, anggota kumpulan itu, kemudian menghantar mesej itu kepada Fazli.


Fazli kemudian mengongsinya dengan teman dalam kumpulan Whatsapp lain, sambil menulis "Amah gantung diri di kipas”.


Dalam kenyataannya, Fazli mendakwa dia "jahil terhadap pekerjaan temanitanya" dan menganggap gambar itu "sesuatu yang menarik untuk dikongsi".


Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Lee Zu Zhao berkata tanggapan sedemikian "tidak konsisten dengan latar belakang NS (Perkhidmatan Negara) Fazli sebagai seorang komander seksyen dalam Platun Penyelamat Khas di SCDF (Angkatan Pertahanan Awam Singapura)".


Nurizzah dan Haziq tidak lagi bekerja dengan Teknologi Unistrong.


Haziq telah didenda $1,500.


Fazli kini dibebaskan dengan ikat jamin $5,000 dan akan kembali ke mahkamah pada 2 September.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >