Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas ketua NSP Lim Tean dikenakan writ saman atas pinjaman lebih $200,000 yang tidak dilunas, sesuatu yang disangkalnya

Dec 19, 2018 | 04:30 PM



Bekas ketua Parti Perpaduan Nasional Encik Lim Tean telah merayu untuk menentang writ saman yang dikenakan ke atasnya berhubung pinjaman AS$150,000 ($205,720) yang didakwa belum dilunaskannya.  



Writ itu dikenakan ke atasnya oleh warga Encik Huang Min, yang menyatakan dalam dokumen mahkamah, bahawa beliau telah meminjamkan wang itu kepada Encik Lim.


Pada Ogos, Registrar Mahkamah Negara Regina Lim Siew Mei memutuskan bahawa Encik Lim, seorang peguam, perlu melunaskan hutang dengan Encik Huang itu.


Keputusan hakim terus, atau summary judgement yang diberikan oleh Hakim Daerah Tan May Tee pada 22 November tahun ini menyatakan bahawa beliau bersetuju dengan Cik Lim bahawa Encik Huang telah membentangkan kes prima facie - yang boleh dianggap benar sehingga dibuktikan sebaliknya - untuk diadili, berhubung tuntutannya bagi bayaran hutang itu.



Ekoran keputusan hakim itu, Encik Lim merayu ke Mahkamah Tinggi dan kes ini masih belum dipertimbangkan lagi.



Berwakil peguam Encik Lim Mingguan dan Cik Bestlyn Loo, Encik Huang, yang berpangkalan di Shanghai mengenakan writ saman ke atas Encik Lim pada 14 Disember tahun lalu.





Menurut Encik Huang, pada atau sekitar 13 September 2013, beliau bersetuju meminjamkan AS$150,000 kepada Encik Lim, yang bersetuju melunaskan pinjaman itu sehingga 30 November pada tahun yang sama.



Kenyataan tuntutan tidak mendedahkan sebab pinjaman itu diberikan.



Dokumen mahkamah menunjukkan bahawa warga China itu mengalihkan wang kepada Encik Lim pada atau sekitar 17 September 2013, tetapi Encik Lim tidak membayar hutang itu sehingga tarikh yang ditentukan.


Pada Oktober lalu, laporan media menyatakan bahawa Encik Lim -  yang mengumumkan di Facebook tahun lalu bahawa beliau meletak jawatan dari NSP - telah menubuhkan parti politik baru bernama People’s Voice. Ia adalah parti politik ke-11 di Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >