Bekas ketua pegawai kewangan Coastal Oil dihukum penjara 9 tahun, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

KES TIPU LAPAN BANK DAPATKAN PINJAMAN $424j

Bekas ketua pegawai kewangan Coastal Oil dihukum penjara 9 tahun

May 04, 2021 | 05:30 AM

BEKAS Ketua Pegawai Kewangan (CFO) pembekal produk minyak mentah yang berkomplot dengan tiga orang lagi menipu lapan bank untuk membayar pinjaman sekitar AS$320 juta ($424 juta) dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun semalam.

Ong Ah Huat dan rakannya dituduh menyebabkan China Merchant Bank (CMB) Singapura mengalami kerugian berjumlah kira-kira AS$10 juta. Tujuh lagi bank adalah di Hong Kong termasuk Standard Chartered Bank (Hong Kong) dan OCBC Limited (Hong Kong), namun dokumen mahkamah tidak menyatakan jumlah kerugian mereka, lapor The Straits Times.

Ong, seorang warga Singapura, sebelum ini telah mengaku salah keatas 15 tuduhan, termasuk tiga tuduhan melakukan konspirasi menipu dan sembilan lagi tuduhan melakukan pemalsuan untuk tujuan menipu.

Sebanyak 43 tuduhan lain dipertimbangkan semasa dijatuhkan hukuman.

Rakan yang berkomplot dengannya adalah bekas rakan kerjanya di Coastal Oil, yang sejak itu telah mengalami pembubaran.

Discover Malay Home Based Businesses

Kes yang melibatkan Huang Peishi, 35 tahun, yang pernah menjadi pengurus perbendaharaan syarikat, masih belum selesai.

Dua lagi - Tan Sing Hwa dan Cik Carol Zong - melarikan diri dari Singapura sebelum Jabatan Hal Ehwal Komersial memulakan siasatan.

Timbalan Pendakwa Raya Thiagesh Sukumaran dan Dhiraj Chainani sebelumnya telah memberitahu mahkamah bahawa Ong bergabung dengan Coastal Oil sebagai ketua pegawai kewangannya pada Mei 2016.

Selepas itu, dia mendapat tahu bahawa syarikat itu menghadapi masalah aliran tunai yang teruk dan tidak menjana pendapatan yang mencukupi untuk mengekalkan perniagaannya.

Ong juga mengetahui bahawa Tan, yang merupakan pengarah bersama, telah merancang melakukan penipuan untuk mendapatkan kredit bagi mengatasi masalah kewangan Coastal Oil dan penipuan itu akan melibatkan membuat dokumen palsu.

Ong bersetuju untuk terus melaksanakan penipuan tersebut, yang melibatkan barangan seperti kontrak jual beli palsu serta invois cukai.

DPP menambah bahawa Ong dan tiga yang lain terlibat dalam konspirasi untuk menipu CMB dan tujuh bank Hong Kong antara Jun 2017 dengan Disember 2018.

Kesalahan itu terbongkar ketika pemangku pengarah urusan salah seorang rakan dagang Coastal Oil, Sinfeng Marine, membuat laporan polis pada 7 Januari 2019.

Lelaki itu memberitahu pihak berkuasa bahawa Coastal Oil menyerahkan dokumen palsu yang mengandungi pemeteraian syarikat dan kontrak Sinfeng serta tandatangan wakil-wakil Sinfeng.

Ong kini dibebaskan dengan jaminan $100,000 dan dia akan menyerah diri di Mahkamah Negeri pada 31 Mei untuk mulai menjalani hukuman penjara.

Pesalah boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda untuk setiap tuduhan menipu.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map