Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas ketua SMRT, Desmond Kuek, bakal ketuai Temasek Trust

Sep 09, 2022 | 05:30 AM



BANKER dan bekas ketua SMRT, Encik Desmond Kuek, akan menyertai Temasek Trust, cabang amal syarikat pelaburan negara Temasek, sebagai ketua eksekutifnya mulai Januari tahun depan.



Beliau kini sedang berkhidmat di bank swasta Switzerland UBS, yang disertainya pada Februari 2019, sebagai ketua kewangan mampan bagi rantau Asia-Pasifik.



Beliau juga merupakan ketua global kumpulan kewangan mampan bank, di mana beliau menyokong pelaksanaan strategi kemampanan dan impak di seluruh firma, lapor The Business Times.



Di UBS Singapura, Encik Kuek merupakan pengerusi Yayasan Optimus UBS, yang memberikan klien platform untuk menggunakan kekayaan mereka untuk memacu perubahan sosial dan alam sekitar dengan memberikan geran kepada program yang berkaitan dengan kesihatan, pendidikan dan perlindungan kanak-kanak serta yang menangani isu alam sekitar dan iklim.



Ditanya mengenai masanya di sana, Encik Kuek, 59 tahun, memberi penghormatan kepada budaya kerjasama bank yang kukuh.



Katanya, beliau tidak sabar untuk memulakan kerjayanya di Temasek Trust, di mana beliau akan menjadi sebahagian daripada pasukan yang berusaha untuk memajukan kedermawanan sebagai kekuatan untuk kebaikan.



Encik Edmund Koh, presiden UBS Asia-Pasifik, berkata bank itu berharap dapat bekerjasama dengan Encik Kuek dan Temasek Trust mengenai peluang masa depan untuk memajukan hasil yang mampan untuk masyarakat yang lebih luas.



Sebelum UBS, Encik Kuek merupakan ketua eksekutif pengendali pengangkutan SMRT selama lebih lima tahun, dari Oktober 2012 hingga April 2018.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >