Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas pedagang Deutsche Bank, HSBC dihukum penjara tipu majikan

Feb 22, 2017 | 10:32 AM



Dua bekas pedagang tukaran asing (forex) yang menggunakan nama anggota keluarga mereka bagi membuka akaun dagangan, yang kemudiannya digunakan untuk menipu bank masing-masing dengan perdagangan palsu, dijatuhi hukuman penjara pada Rabu (22 Feb).

Bekas dealer kanan HSBC Ivan Chng Kian Wee, 48 tahun, dihukum penjara 15 minggu manakala bekas pedagang spot Deutsche Bank Toh Hway Khuan, 51 tahun, dihukum lapan minggu penjara.

Pendakwa meminta mahkamah mengenakan enam bulan penjara ke atas Chng dan tiga bulan ke atas Toh manakala peguam mereka meminta mahkamah hanya mengenakan hukuman denda.

Hakim See Kee Oon berkata hukuman sebagai pencegahan adalah wajar tetapi menyatakan kes itu tidak menghakis keyakinan terhadap kedua-dua bank dan kesalahan dua lelaki itu tidak memberi kesan besar ke atas pasaran.

Mereka telah mengaku bersalah pada Januari menggunakan akaun bank masing-masing untuk mendapatkan kadar dolar Amerika yang memuaskan unutk perdagangan peribadi mereka.

Dua kes itu tidak berkaitan. Perdagangan itu berlaku pada November 2009.

Chng membeli dan menjual AS$778 juta dan mengaup sekitar $230,000 secara salah. Toh menjalankan dagangan berjumlah AS$257 juta dan meraih $140,000 secara salah.

Chng membuka akaun dagangan dengan MF Global yang kini tidak lagi berfungsi pada Jun 2006 menggunakan nama isterinya.

Dia membuat pesanan peribadi menggunakan akaun ini, mengarahkan broker tentang kadar tukaran dan kuantiti mata wang mahu dia beli atau jual. Dia sentiasa memberikan kadar lebih baik daripada kadar pasaran semasa.

Selepas pesanan itu diterima, Chng menggunakan akaun milik HSBC - digunakan untuk berdagang bagi pihak bank dan pelanggan - untuk memasukkan pesanan bertentangan pada kadar dan kuantiti yang sama bagi memadankan pesanan peribadinya.

Toh menggunakan modus operandi serupa, menggunakan akaun yang dibuka dengan MF Global pada November 2006 atas nama abang dan kakak iparnya.

Dengan menggunakan akaun bank mereka untuk memadankan perdagangan bagi kepentingan sendiri, kedua-dua lelaki itu mengaku menipu majikan masing-masing.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >