SEORANG Inspektor Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) melakukan pemeriksaan tanpa izin ke atas wanita asing yang memasuki Singapura kononnya kerana ingin mempunyai lebih ramai kawan.
Malah, Yeo Kian Boon, 31 tahun, telah menghubungi salah seorang wanita itu tetapi kemudian diberkas selepas teman lelaki wanita itu seorang warga Singapura membuat aduan kepada ICA.