Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas pegawai keselamatan Certis dipenjara kerana cabul dua rakan sekerja wanita

Oct 25, 2021 | 03:31 PM



SEORANG pegawai keselamatan Certis menyalahgunakan kedudukannya sebagai pemimpin pasukan dan mencabul kehormatan dua pegawai wanita di bawah jagaannya di tempat kerja. 



Warga Singapura berusia 55 tahun itu dihukum penjara 10 minggu pada Isnin (25 Oktober) selepas dia mengaku bersalah di atas dua kesalahan mencabul kehormatan.



Keterangan tentang identiti lelaki ini dan tempat kerja mereka tidak boleh didedahkan atas perintah mahkamah bagi melindungi identiti dua wanita berkenaan.



Menjawab soalan akhbar The Straits Times, Certis berkata lelaki itu telah digantung daripada semua tugasannya serta-merta selepas dia ditangkap pada 27 Mac tahun lalu dengan dirinya berhenti kerja sebulan selepas itu.



Pihak mahkamah diberitahu sedang dia bekerja sebagai ketua pasukan, pegawai keselamatan ini sering memberi komen tentang bentuk tubuh dan paras rupa wanita. Dia juga akan bergurau dengan lawak 'kotor' berhubung dengan isu seks dan alat kelamin wanita.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP), Kwang Jia Min, berkata: "Walaupun anggota wanita dalam pasukan di bawah jagaan si tertuduh rasa mual dengan komen-komen dan lawak lucahnya, mereka tidak berani menunjukkan rasa tak suka secara terang-terangan kerana si tertuduh adalah penyelia mereka."



Sekitar Februari tahun lalu, salah seorang mangsa, 23 tahun, sedang bertugas apabila lelaki itu menampar punggungnya. Dia rasa trauma selepas kejadian itu.



Lelaki itu kemudian buat lagi satu kesalahan dengan mencabul kehormatan seorang lagi pekerja berusia 22 tahun dengan mengusap pahanya.



Kata DPP Kwang: "Wanita itu terkejut dan rasa tidak selesa dengan si tertuduh menyentuhnya. Memandangkan pada hari itu adalah hari pertama dia berada di bawah pasukan tertuduh dan tertuduh adalah penyelianya, dia takut, tidak tahu nak buat apa dan tidak berani menepis tangan si tertuduh."



Wanita 23 tahun yang terbabit dalam kejadian ini pula memberitahu timbalan ketua pasukan ini mengenai apa yang berlaku.



Pekerja lebih mapan dalam pasukan itu diberitahu mengenai kejadian tersebut sedang salah seorang wanita berkenaan membuat laporan polis secara berasingan.



Dalam satu kenyataan pada Isnin, Certis berkata: "Kaunseling ditawarkan kepada mangsa dan mereka dipantau rapi bagi membantu mereka menangani kejadian itu. Kami akan terus mengamalkan dasar terbuka dan menyediakan sekitaran selamat dan terjamin buat semua pegawai kami.



"Kami juga berkomunikasi dan mengingatkan pegawai kami secara tetap tentang kepentingan kewibawaan dan rasa saling menghormati di samping menjunjung nilai tertinggi dan piawaian pertubuhan ini.



"Certis mempunyai dasar tidak bertolak ansur bagi sebarang perbuatan jenayah dan mengambil pandangan serius tentang kejadian ini...Kami tidak akan teragak-agak dalam mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana pekerja yang gagal memenuhi piawaian yang diperlukan."



Bagi setiap kesalahan mencabul kehormatan, seorang pesalah boleh dipenjara hingga dua tahun dan didenda atau dirotan. Pesalah ini bagaimanapun tidak boleh dirotan kerana usianya melebihi 50 tahun.



 



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >